
Kempen itu dilancarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud dengan disaksikan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman.
Mengulas mengenai gerakan tersebut, Mazlan berkata ia ditubuhkan kerana rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Isa, bekas menteri dan menteri besar Negeri Sembilan, sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang didakwa melanggar undang-undang kecil koperasi.
“Seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah seorang peneroka Felda atau anak peneroka Felda atau memegang jawatan tetap dalam Felda.
“Tapi Isa hanya dilantik secara kontrak,” jelas beliau pada sidang media sempena pelancaran gerakan tersebut.
Dipetik Harakahdaily, beliau juga mendakwa Isa dilantik sebagai Pengerusi KPF bagi memudahkan usaha menyenaraikan Felda Holding Ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
“Warga Felda sebenarnya berasa terancam dengan penyenaraian ini kerana ekuiti saham mereka akan terjejas sebaliknya syarikat-syarikat besar yang menagut keuntungan,” katanya.
Minggu lalu, Isa menjelaskan bahawa kedudukannya dalam KPF tidak bercanggah dengan undang-undang.
Pagi tadi, Mazlan mengetuai sekumpulan pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia menyerahkan surat bantahan mengenai pelantikan Isa dan menuntut perbicaraan dilakukan tribunal mengenai perkara membabitkan kepentingan warga Felda ini.
“Kita dimaklumkan tadi, Suruhanjaya Koperasi akan bersidang dalam masa terdekat melibatkan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan bagi menyiasat perkara ini,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembagunan Wilayah PAS Pusat.
Mazlan turut mencabar Isa membuktikan warga Felda menyokong pelantikannya seperti yang diperkatakan dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen minggu lalu.
Selain Anak, antara NGO lain yang menyertai gerakan ini ialah Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) dan Waris.
No comments:
Post a Comment