KANGAR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan pendaftaran isi rumah berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500, diagihkan bermula Disember tahun ini.
Pengerusi LHDN, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, Kementerian Kewangan belum memuktamadkan mekanisme terbaik bagi menyelesaikan pendaftaran dan bantuan dengan sistematik.
Menurutnya, LHDN perlu memastikan keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja mencukupi telah siap sedia selewatnya November ini.
“Antara mekanisme dicadangkan, menyediakan pendaftaran secara bergerak untuk memudahkan orang ramai, meminta kerjasama Ja-watankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan merangka borang khas untuk memudahkan orang ramai mengisinya.
“Setakat ini, proses mendraf borang semuka sedang dipersiapkan dan mungkin akan diedarkan akhir bulan Disember,” katanya ketika Majlis Perasmian Wisma Hasil Kangar di sini, semalam.
Hadir sama, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu; Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid.
Wan Abdul Aziz berkata, sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dengan membabitkan pe-runtukan RM1.8 bilion bermula Januari depan.

No comments:
Post a Comment