Wednesday, October 5, 2011

Sekolah-sekolah Tamil di Kedah terima sumbangan Kerajaan Negeri

Oleh WADIASSOFI JAAFAR

images/stories/OKTOBER2011/yb. manikumar - sumbangan kepada sekolah-sekolah tamil negeri kedah.jpgALOR SETAR - Sebanyak 58 sekolah menerima sumbangan berupa cek yang diterima oleh wakil-wakil Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Kedah yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB. S. Manikumar.Peruntukan yang disalurkan kepada Sekolah-Sekolah Tamil di Negeri Kedah ialah sebanyak RM229,000.

Majlis yang berlangsung di Dewan Seri Mentaloon, di sini merupakan perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan sistem pendidikan di negeri ini.

YB. S. Manikumar dalam ucapannya berkata, hasil mesyuarat yang dijalankan baru-baru ini, satu pengkalan data yang komprehensif berjaya dihasilkan untuk merancang keperluan bantuan untuk pembangunan sekolah-sekolah di negeri ini.

“Sebanyak 58 Sekolah Tamil di negeri ini terpilih untuk menerima sumbangan ini dalam usaha meningkatkan mutu pembelajaran yang sedia ada,” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga turut memberikan tumpuan kepada pembangunan prasarana dengan cadangan memasukkan dalam bajet negara yang mencukupi melalui Kementerian Pendidikan.

“Bajet itu diluluskan pada tahun 2011 untuk aktiviti meningkatkan mutu pendidikan di Sekolah-Sekolah Tamil di negeri ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah juga turut menyediakan biasiswa kepada mereka yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.
images/stories/OKTOBER2011/copy of yb. manikumar - sumbangan kepada sekolah-sekolah tamil negeri kedah1.jpg
images/stories/OKTOBER2011/copy of yb. manikumar - sumbangan kepada sekolah-sekolah tamil negeri kedah2.jpg
“Bagi pelajar yang melanjutkan pengajian dalam jurusan ijazah akan menerima pemberian wang saguhati sebanyak RM400 manakala jurusan diploma sebanyak RM200,” tambahnya.


Sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang mencetuskan revolusi dengan meletakkan bajet yang seimbang dalam usaha meningkatkan sistem pendidikan terutama untuk masyarakat India di negeri ini.

Turut hadir ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, V. Arumugam.

1 comment:

  1. Perbanyakan sumbangan begini demi kesejahteraan rakyat. Buat banyak-banyak , jangan cakap banyak-banyak.

    ReplyDelete