Barang berat rupanya syabu

SEPANG – Rasa curiga terhadap kotak barangan yang lebih berat daripada sepatutnya yang dibawa keluar oleh seorang ejen pengimport sebuah syarikat penghantaran membawa kepada penemuan syabu seberat 14 kilogram bernilai RM3.5 juta.
Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Datuk M.Govinden berkata, kejadian tersebut berlaku di pintu keluar Zon Perdagangan Bebas, KLIA pada pukul 10 malam, 12 November lalu.
“Pada waktu tersebut pegawai Kastam telah menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dan apabila beliau melakukan pemeriksaan di dalam kereta terdapat tiga kotak barangan diisytiharkan sebagai pelaung suara.
“Namun kerana pelik ia lebih berat daripada yang sepatutnya pegawai Kastam tersebut kemudian membuka kotak tersebut dan mendapati di dalamnya adalah amplifier yang mana setelah diperiksa mengandungi dadah jenis syabu di dalamnya,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
No comments:
Post a Comment