Sunday, November 13, 2011

Ingat Muzium maka ingatlah Kapal Selam maka teringatlah Altantuya

Muzium kapal selam pertama negara

Kapal selam

MELAKA - Sebuah kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan muncul di permukaan laut di pantai Klebang, dekat sini, Rabu ini untuk dijadikan muzium kapal selam pertama di negara ini.

Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 buatan Perancis pada tahun 1979 mempunyai ketinggian 11.75 meter, lebar 6.5 meter dan panjang 67.57 meter yang sebelum ini digunakan tentera laut, diserahkan secara percuma kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk tujuan pelancongan,

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kapal selam itu sudah pun tiba di dasar laut selat Melaka dan akan muncul di permukaan laut dekat Dataran Klebang, di sini, Rabu ini.

Kemudian, katanya, ia akan dibawa naik ke darat melalui jeti sementara yang dibina dan berada di atas tapak yang dibina, tiga hari kemudian.

1 comment:

  1. hah? kapal selam? nak bagi melaka buat promosi pelancongan? ali rostam sekarang dah macam-macam, akan tetapi semua tak menjadi. siapa nak selenggara tu, Perzimkah? yang ada pun Perzim tak mampu nak kelola, ni nak kelola kapal selam pulak. kelakarlah. elok kapal selam itu digolekkan kat pantai klebang, boleh bebudak ambik gambar, tu pelancongan namanya, lepas tu bagi orang masuk dalam kapal selam yang sudah dikosongkan tu, boleh buat restoran, suruh suku sakat dia makan, majulah pantai klebang kerana kelongsong kapal selam itu. memang kawan aku di Alai Melaka, Pak Mat Nor happy benar dengar cerita macam ni.

    ReplyDelete