
Lim: Najib mesti tarik balik pinjaman projek lembu
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam skandal Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) dengan menarik balik pinjaman mudah RM181 juta yang diberikan kerana mendakwa perlaku penyelewengan.

"(Ini pun) jika beliau serius dengan dasar transformasi negara dan juga slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan," kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun, Lim berkata bahawa pendedahan RM10 juta dibelanjakan bagi 'kondominium untuk lembu' bukan kebimbangan utama keseluruhan kemelut berkenaan.
"Apa yang mengejutkan ialah kenyataan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang membantu dan bersubahat dengan penyelewengan dana awam itu."
Menurut Lim, daripada melahirkan rasa terkejutnya, berhubung apa yang didakwa sebagai penyelewengan pinjaman untuk penternakan lembu itu, menteri tersebut sebaliknya tampil dan mempertahankan NFC.

Sebelum ini, Noh cuba menepis tanggungjawab pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta itu daripada kerajaan dengan mengatakan bahawa pemberian pinjaman terpaksa mematuhi syarat-syarat yang ketat dan bahawa tiada apa-apa permohonan untuk membeli kondominium yang diluluskan.
No comments:
Post a Comment