Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 10, 2011

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri akan memantau Konsert Jelajah Desa anjuran Telecommunications Sdn Bhd (Digi) yang akan diadakan bulan depan, yang menampilkan beberapa artis tanah air supaya tidak melanggar polisi yang ditetapkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, persembahan hiburan adalah bawah bidang kuasa Kerajaan Tempatan dan terpulang pada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk mengeluarkan permit.
“Sama ada konsert itu dibenarkan diadakan di Kedah, terserah pada MBAS sama ada mahu beri kelulusan permit atau sebaliknya. Ianya tertakluk pada peraturan kecil PBT, untuk dipertimbangkan,” katanya.
Menurutnya, sekiranya program berkenaan tidak mencetuskan kontroversi atau bercanggah dengan dasar Kerajaan Negeri, ianya tidak akan dihalang.
“Kalau timbulkan kontroversi atau bercanggah, baru kita tegah tetapi jika persembahan biasa sahaja, saya serahkan pada MBAS untuk buat penilaian,” katanya.
Digi akan bekerjasama dengan Era FM dan Giant Ants Talent Hub untuk mengadakan siri Konsert Jelajah Desa di beberapa bandar utama Semenanjung Malaysia, termasuk ke Alor Setar pada 3 Disember ini, dengan menampilkan artis seperti Aizat, Sixth Sense dan pelawak terkenal, Zizan.

No comments:
Post a Comment