Saturday, December 10, 2011

Apa 'HEBAT' nya blogger umno nie boleh naik kapal selam...????

Blogger naik kapal selam Scorpene? Mengapa?

lim guan eng submarine ride 091211 in submarine 05Penulis blog kontroversi pro-Umno, Papagomo menaiki kapal selam scorpene KD Tun Razak semalam bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan dua orang timbalannya - Datuk Mansor Othman dan P Ramasamy.

Dalam tulisan di blognya hari ini bertajuk "Guan Eng Nenen Perlekehkan Kemampuan Anak Anak Kapal KD Tun Razak", Papagomo berkata ketua menteri itu membuat kenyataan negatif tentang kapal selam tersebut, yang dinaikinya atas jemputan Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beliau memetik laporan Malaysiakini semalam, memetik Lim sebagai berkata beliau tidak mempertikaikan keupayaan tentera laut tetapi mempunyai pandangan yang berbeza dengan kerajaan mengenai kos kapal selam itu.

"Apa jenis kenyataan yang Guan Eng ini keluarkan?" soalnya sambil menambah bahawa setiausaha agung DAP itu mengakui keupayaan KD Tun Razak namun "cuba SPIN mengenai kos Kapal Selam Scorpene pula diakhir ayatnya".

Papagomo turut menyiarkan di blognya gambar-gambar semasa berada dalam kapal selam tersebut.

2 comments:

  1. nanti lepas PRU13, kena lantik menteri blogger: papagomo mmg layak!

    ReplyDelete
  2. Kepada yang suka spin cerita tak tentu hala, saya minta tuan-tuan ambil contoh pembelian kereta baru;
    Lepas beli, setelah jalan lebih kurang 1000 km, kereta tersebut disarankan untuk menjalanin servis untuk memeriksa samada pemasangan yang dilakukan adalah tepat dan tiada kerosakan. Perkara utama yang diperiksa adalah bahagian enjin dan lain-lain bahagian yang bergerak. Selalunya empunya kereta kat kampung-kampung akan mempersoalkan kenapa minyak enjin kereta perlu ditukarkan kerana kenderaan hanya bergerak baru sahaja 1000 km.

    Sama juga dengan pengurusan kejuruteraan yang lain-lainnya, sesuatu prosidur pemeriksaan kejuruteraan yang dilakukan adalah bertujuan sebagai pencegahan. Ini kerana sebarang kerosakan yang berlaku akan menyebabkan mesin tersebut tidak akan dapat beroperasi. Dan tempoh tidak beroperasi tersebut akan mendatangkan kerugian terutamanya dalam industri pengeluaran seperti kilang. Sebab itulah prosidur pemeriksaan berkala dilakukan bagi memastikan mesin tersebut dapat beroperasi sepanjang masa. Jika ia tidak beroperasipun semasa pemeriksaan tersebut, tempoh itu adalah lebih singkat dan kerugian adalah lebih kecil berbanding dengan tempoh yang biasanya diambil untuk pembaikan kerosakan dan kosnya pulak mahal.

    Berbalik kepada kapal selam, setelah ia keluar daripada kilang, berita mengatakan kapal tersebut menjalani 'sea trial' untuk tempoh tertentu. Setelah pihak Tentera Laut kita berpuas hati dengan hasil 'sea trial' tersebut, barulah mereka melakukan perjalanan pulang ke Malaysia yang mengambil masa berhari-hari yang merangkumi jarak beribu-ribu batu.

    Adakah terdapat cerita kapal selam ini rosak ditengah jalan??? Adakah ia rosak semasa berhenti mengisi minyak di negara-negara orang yang dia singgah?

    Sehinggakan apabila kapal ini sampai di perairan Malaysia, beberapa VVIP dibawa untuk merasakan pengalaman menyelam dengan kapal ini. Setelah semua program ini tamat, barulah pihak Tentera Laut membawa kapal ini untuk pemeriksaan berkala. Lazimnya memang terdapat beberapa kerosakan kecil yang perlu diperbetulkan semula. Ini adalah biasa kerana kapal ini juga adalah sama seperti mesin-mesin yang lain. Oleh kerana tahap keselamatan yang diamalkan oleh Tentera Laut kita adalah amat tinggi, mereka membaiki kerosakan ini sehingga pulih sepenuhnya dan berani untuk bertegas dengan kerajaan bahawa kapal ini tidak akan menyelam sehinggalah alatan-alatan ini diganti dan proses pemeriksaan dilaksanakan sepenuhnya.

    Pesawat penumpang terbesar di dunia sekarang ini, Airbus A380pun mengalami perkara yang sama. Lihatlah apa yang berlaku kepada Airbus A380 Singapore Airlines dan Qantas. Namun begitu adakah kita sekarang ini mengatakan pesawat itu adalah tidak bagus disebabkan kejadian-kejadian yang telah berlaku???

    Saya rasa YB LGE melakukan sesuatu yang benar. Apabila beliau berkata beliau berpuashati tentang kapal selam ini dan tidak memberi komen yang melalut, beliau melakukan sesuatu yang betul sebagai seorang pemimpin tinggi kerajaan. Perlu diingat, segala-gala mengenai sesebuah kapal selam adalah rahsia kecuali gambar-gambarnya dan beberapa data asas yang digunakan sebagai penerangan ringkas mengenainya.

    Oleh itu, jika beliau mempersoalkan isu harga pula, itu adalah tugas beliau sebagai pembangkang di parlimen. Kita tunggulah apa pula kata kerajaan yang memerintah.

    ReplyDelete