Pengucapan bebal di sana sini.
Dalam dua minggu ini, saya ingat saya sudah mendengar kesemua kenyataan tolol dan bebal dalam negara kita. Rupa-rupanya saya salah. Tiba-tiba senator Ezam Mohd Nor mengeluarkan suatu kenyataan yang mengatasi kebebalan kenyataan-kenyataan yang sudah-sudah.
Mula saya ingat Muhyidin Yasin sudah tebiat bila menakutkan orang Melayu mengenai ancaman ke atas Melayu oleh bangsa lain.
Setelah itu, ketua penerangan UMNO mengukuhkan lagi rasa cemas pemimpin parti yang kian tenat bila menyatakan pandangan bebal yang sama. Jika DAP dan orang Cina memerintah negara habislah orang Melayu, habislah Islam dan habislah Raja-raja Melayu.
Sana sini orang bercakap- adakah pemimpin UMNO sudah jadi bingung? DAP yang bukan kristian mahu mengkristiankan orang Melayu?
Yang sepatutnya disoalkan orang Melayu ialah mengapa terjadinya murtad di kalangan orang Melayu? Adakah kebajikan mereka tidak di jaga oleh pihak yang berwajib? Mengapa Aqidah mereka teruk sedangkan masyarakat Melayu dilemaskan dengan 1001 program keIslaman?
Islam yang sudah sempurna berada dalam ancaman? Hello- yang terancam dan berada dalam keadaan yang teruk, ialah orang Muslim dan majoriti Muslim dalam negara kita ialah orang Melayu. Keadaan mereka terjadi demikian disebabkan sistem pemerintahan dan cara orang UMNO berpolitik.
Orang Cina yang berjumlah lebih kecil mahu menjatuhkan orang Melayu yang merupakan 65% penduduk negara ini? Tauke Cina kalau dapat, hendak lagi baik dengan Raja-raja Melayu sebab melalui sistem raja, mereka dapat menguasai lebih banyak bisnes dan pengaruh.
Sebab itu, saya menganggap bila dua pemimpin UMNO dari Johor ini mengeluarkan kenyataan bebal tersebut, UMNO sudah cemas dan kebingungan.
Tapi, bila Ezam Mohd Noor yang mendakwa DAP akan menjadikan Malaysia sebuah Singapura, saya rasa trademark UMNO dan orang-orang yang menyokongnya, ialah mereka semua sudah buang tebiat. Mengikut hemat orang Melayu, orang yang buang tebiat, ialah orang yang hampir mati. Demikian agaknya, yang terjadi ke atas UMNO sekarang.
Elok rasanya kita jawab kenyataan senator Ezam. Apa salahnya- jika Malaysia jadi kaya dan kekayaan tersebut dinikmati oleh semua berbanding pada masa sekarang di mana kekayaan dan nikmat ekonomi dimonopoli oleh segelintir orang yang rasuah?
Apa salah nya, negara kita menjadi negara macam Singapura di mana perkhidmatan awamnya kelas pertama? Dan apa salahnya negara kita jadi macam Singapura yang mengenakan disiplin yang ketat ke atas rasuah dan perasuah?
Bila kita bercakap pasal rasuah, di manakah kotak-kotak yang pernah dilaungkan oleh Ezam Mohd Nor yang dikatakan mengandungi maklumat mengenai kes-kes rasuah oleh pimpinan UMNO?
Rasuahlah yang merupakan kezaliman yang paling teruk merosakkan orang Melayu. Apabila sesebuah negara rasuah, amat sukarlah untuk pemimpin yang berada dalam sistem tersebut, melakukan perubahan.
Tidakkah kamu lihat apa jadi kepada orang Melayu di Singapura? Maka saya jawab- apa yang terjadi kepada mereka? Walaupun kita enggan mengakuinya, pandangan dunia Melayu Singapura berbeza dengan pandangan Melayu Malaysia. Orang Melayu Singapura sedar bahawa mau tidak mahu, mereka terpaksa menyemai diri dengan ciri-ciri menjayakan diri melalui kerja keras dan mengelokkan diri dari segi mental.
Orang Melayu Singapura merupakan hanya 15% dari penduduk di sana. Mustahillah suatu kumpulan minoriti dapat menguasai kumpulan yang majoriti. Apatah lagi jika yang majoriti juga kuat dari segi ekonomi dan dari segi mempunyai kelompok kuasa intelek yang lebih tinggi.
Bahkan apa yang terjadi ke atas orang melayu di Singapura patut menjadi peringatan dan pengajaran kepada orang Melayu Malaysia. Satu bangsa yang meletakkan masa depan mereka ke atas kepercayaan mutlak dalam tangan orang lain hanya menempah masa depan yang sengsara. Orang Melayu Singapura sepatutnya mengingatkan orang melayu di Malaysia peri pentingnya bergantung kepada kekuatan diri sendiri.
Dan orang Melayu di Singapura, mengingat kita di Malaysia, kita mesti menolak pemimpin yang bodoh. Kita mesti tolak pemimpin yang rasuah. Orang Melayu Singapura mentertatwakan orang Melayu Malaysia sebab sejak 13 tahun kebelakangan ini, orang Melayu Malaysia di penjarai oleh soal seks (yang dicipta untuk menjatuhkan) pemimpin Melayu lain.
- Sakmongkol AK47

No comments:
Post a Comment