Friday, December 9, 2011

Pencipta Asal Nama ABU...serta Mesej Deepavali Buat Kjaan KEDAH

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijLIrHUa9n84acNrQaSljdiwehULrU14SqYbEQX_nmdMbGpL9yrcVTbAj7enzdWmGuttaJt_2K9u9FkO3bpPiC6e8BaU956_pvevTsrOfEl3ZAAl9N6KV36T6nc_5yuVvEEfK4f0PKFV0/s1600/abu3.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijLIrHUa9n84acNrQaSljdiwehULrU14SqYbEQX_nmdMbGpL9yrcVTbAj7enzdWmGuttaJt_2K9u9FkO3bpPiC6e8BaU956_pvevTsrOfEl3ZAAl9N6KV36T6nc_5yuVvEEfK4f0PKFV0/s1600/abu3.jpg
salam,

Baca dlm Malaysiakini tadi 9.12.11 berita penubuhan gerakan rakyat bernama ABU (Asalkan Bukan UMNO).

Saja nak habag, berdasarkan pembacaan saya di dunia internet, pencipta asal nama ini ialah sdra Hishamudin Rais.

Tahniah bro Hishamudin.

Saya sendiri pernah menceduk perkataan ini dlm blog saya pada bulan Oct 2009 di link berikut:
Moga gerakan ABU ini akan menjadi realiti jua suatu hari nanti.
Monday, October 19, 2009

PRU13: Mesej Deepavali Buat Kjaan KEDAH

susah, dan cukup sensitif kalau tengok ada org susah. Saya seronok kalau dapat tolong org, apatah lagi tolong bagi org dapat kerja; jadi alhamdulillah sangatlah bila kerja saya memerlukan

salam~

Baru-baru ni on the way balik dari KL ke Kedah, weekend lebih kurang jam 12:30 mlm dekat nak sampai R&R Tapah, ada call masuk mai. Sapalah pulak call tengah-tengah mlm mcm tu? dok agak dah - ada org call tanya kerja kosong kat kilang.

Nak buat mcm mana, memang dah kerja saya, tengah-tengah mlm pun kena jawab jugak, ya lah saya suruh hamba Allah tu send resume mai, nanti kalau okey kilang akan panggil mai interview. Kadang2 tengah nak masuk tandas dok kat rumah pun pun ada call masuk mai tanya kerja kosong. Ada sahabat tanya tak tension ka org dok call mcm tu?

Saya rasa okey saja, salah satu sebabnya ialah saya rasa bersyukur sebab Tuhan mentakdirkan saya dok kerja di department yg memang serasi dengan jiwa saya. Saya dulu anak org saya tolong bawak masuk mai org utk interview kerja. Memang rasa puas hati sungguh bila dpt tolong org.

Selain itu, perjalanan takdir barangkali, di tempat kerja, saya turut dilantik sebagai Pengarah CSR (Corporate Social Responsibility) atau pun dlm BM nya sebagai pengurus bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat; tugasnya membantu masyarakat dlm kerja-kerja kemasyarakatan yg merupakan sebahagian drpd tanggungjawab sosial syarikat kpd negara.

Lalu, baru-baru ni, buat pertama kalinya saya & team turun padang pi bagi sumbangan atas nama syarikat sempena perayaan Deepavali 2009 ini. (Untuk kaum Melayu, kami dah pernah turun pi bagi ceramah motivasi FOC di sebuah sekolah berhampiran).

Yang saya nak habagnya, selama ini saya bergiat dengan NGO Wargakilang.com dok pi bantu org-org miskin khususnya org-org Melayu di kg-kg di pedalaman dan saya tidak punya pengalaman turun melihat kesusahan org-org India seperti yg saya lihat di musim deepavali baru-baru ini.

Point yang saya nak habag kat sini, kalau nak kaitkan dengan politik, banyak yg kerajaan Kedah nak kena buat ini. Saya agak terkejut sebab org-org India yg kami turun melawat dan bagi sumbangan tu memang amat daif dan tak sepatutnya terbiar begitu saja selepas rata-rata mereka memilih untuk mengundi A.B.U (Anything But UMNO & Asalkan Bukan UMNO) dalam PRU12 yg lepas.

Antara keluarga yg kami kunjungi itu, tak ada duit nak beli apa-apa untuk persediaan Deepavali walaupun raya depa tinggal dlm 3 hari saja lagi. Si bapa yg uzur tak bekerja itu tanpa segan silu mai bergambar dengan kami hanya dengan berkain pelikat tanpa pakai apa-apa baju. Saya tak sampai hati nak siarkan gambar dia tak pakai baju kat sini, nanti ada org print pi jadi isu politik pulak, tapi hakikat dia memang mcm tu lah; depa ni memang miskin melarat sungguh.

Si bapa yg tak berbaju tu tak habis-habis dok ucapkan TRIMAKASEH TRIMAKASEH kat saya, sampaikan saya kata tak payah terima kasih lah kat saya - tapi terimakasih kat kilang dan juga kat jiran dia yg mai tunjuk kat kami rumah dia tu.

Patut lah dia dok bertrimakaseh sakan, sebabnya memang dlm rumah dia tak ada apa-apa benda pun utk sambut raya depa tu. Dia seronok tak sangga dpt sumbangan barangan dan duit cash tu. Lebih kurang 30 minit lepas tu, waktu kami lalu kot pekan baru balik dari rumah yg lain, saya nampak si bapa tadi tu dengan anak dia keluar masuk kedai-kedai kat pekan tu pi beli barang-barang. Seronok sungguh depa; dan saya pun naik seronok bila tengok depa seronok, dia naik mai satu rasa yg tak dapat digambarkan dengan kata, tapi memang best kerja tolong org ini.

Saya bersyukur sebab Tuhan mentakdirkan saya diberi kerja yg mcm tu.

Dari kacamata seorang penulis politik, bila saya tengok mola "kembalinya" sokongan kaum India kpd UMNO di empat kawasan majoriti India di Bagan Pinang tempoh hari, dan melihatkan kpd kemiskinan org-org India yg tidak berubah sejak kerajaan Pakatan mengambil alih Kedah hari itu, sebagai penyokong PR - yg tidak punyai apa-apa jawatan dlm mana-mana parti, saya ingin melahirkan kerisauan saya di sini: bahawa sekiranya sesuatu tidak dilakukan, dan menyedari bahawa kemenangan Pakatan di Kedah dlm PRU12 hari tu sebahagian besarnya adalah kerana sokongan kaum India di peringkat bawah ini; maka jika masalah kaum India ini tidak diberi perhatian, adalah dirasakan Pakatan akan melalui zaman sukar untuk mengekalkan kemenangannya di Kedah dalam PRU13 yang akan datang.

Sekian untuk perhatian pihak-pihak yang berkenaan.

moniermatdin@yahoo.com
19.10.09

No comments:

Post a Comment