KUALA NERANG - Sebahagian besar pekebun kecil getah yang mengamalkan teknik pembajaan yang salah selama ini, menjadi punca kepada penurunan jumlah kuantiti susu getah asli di negara ini.
Pegawai Risda Daerah Padang Terap, Mohd Jazlanuddin Azmi berkata, selepas mendapati masalah itu menjadi punca penurunan jumlah kuantiti susu getah asli, pihaknya kini bergiat aktif mengadakan kempen gerakan membaja dalam kalangan pekebun kecil.
Menurutnya, kempen itu juga adalah saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menggesa Risda memainkan peranan aktif dalam membantu pekebun kecil meningkatkan kembali hasil susu getah.
“Penurunan jumlah kuantiti getah asli menyebabkan kita sebagai pengeluar getah asli di dunia jatuh ke kedudukan kelima daripada tangga ketiga.
“Kita dipintas negara jiran lain yang sebenarnya jauh ketinggalan berbanding kita sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Kempen Gerakan Membaja Mukim Temak di Kampung Rambutan, Kuala Nerang.
Mohd Jazlanuddin berkata, pihaknya secara langsung dan tidak langsung cuba mendedahkan pelbagai kemahiran terbaik bagi membantu pemilik kebun getah kecil.
Kataya, selepas turun padang dan membuat tinjauan, pihaknya telah mengenal pasti beberapa masalah yang menyebabkan hasil susu getah asli menurun.
“Peratus pekebun kecil getah di negara kita ini jauh lebih besar daripada syarikat ladang getah dan sebab itulah kita memberi penekanan kepada pekebun kecil agar mereka sentiasa cuba meningkatkan hasil getah,” katanya.
Tambahnya, program kempen membaja dengan betul berkenaan akan diteruskan secara berskala dari semasa ke semasa.
“Masih banyak lagi pekebun getah kecil yang perlu dibantu dari sudut ilmu pengetahuan, selain pemilihan baja yang sesuai,” katanya.
Saturday, December 10, 2011
Salah teknik punca getah kurang
Labels:
Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment