Friday, January 13, 2012

Isu SONGKOK : Masa kena kat DAP macam-macam hangpa belasahnya.. Masa kena MCA macam-macam alasah hangpa baginya...

MB Perlis: Pakai songkok hanya opsyen
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
January 12, 2012
Md-Isa-Sabu

KANGAR - Arahan mewajibkan pemakaian songkok sewaktu menghadiri sesuatu mesyuarat atau majlis rasmi melibatkan Kerajaan Negeri Perlis tidak pernah dilaksanakan sehingga kini, sebaliknya hanya satu opsyen kepada pegawai kerajaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata, isu larangan menyertai majlis angkat sumpah Ahli Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bagi sesi 2011/2012 ke atas tiga ahli disebabkan gagal memakai songkok tidak seharusnya timbul kerana tidak wajib.

Menurutnya, sehingga kini pemakaian songkok sewaktu menghadiri majlis rasmi Kerajaan Negeri termasuk sidang Dun hanya bersandarkan adat istiadat dan tidak tertakluk di dalam peraturan rasmi majlis.

"Terdapat kekeliruan berhubung peraturan mesyuarat dan upacara angkat sumpah pelantikan ahli majlis antara MPK dengan tiga ahli majlis terlibat. Pertelingkahan yang timbul tidak sepatutnya berlaku kerana merupakan perkara kecil.

"Saya sudah berjumpa dengan pihak terlibat dan memutuskan mereka bertiga yang dilarang mengangkat sumpah sebelum ini, akan diminta berbuat demikian dalam masa terdekat," katanya sewaktu ditemui media di sini hari ini.

Mengenai dakwaan tiga ahli majlis iaitu dua dari MCA dan seorang Gerakan yang diugut akan digantung tugas oleh parti disebabkan menurut arahan pemakaian songkok yang dikatakan mendapat persetujuan semua ahli majlis sebelum ini, Md Isa menegaskan perkara itu akan diselesaikan di peringkat dalaman.

Md Isa turut menyuarakan kehairanan bagaimana isu pemakaian songkok boleh timbul sekiranya kesemua ahli majlis menyatakan persetujuan untuk mematuhi peraturan itu dalam mesyuarat terdahulu.

"Sekiranya peraturan pemakaian songkok dipersetujui ramai, bagaimana kemelut pertikaian antara MPK dan ahli majlis boleh berlaku?

"Saya minta semua pihak berbincang secara berhemah dan menfokuskan kepada agenda sebenar MPK iaitu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Perlis ke arah mencapai sasaran negeri maju pada tahun 2015," katanya.

Kemelut pertikaian pemakaian songkok antara tiga ahli majlis dengan MPK berlaku apabila dua ahli majlis dari MCA, Ooi Kock Hong dan Tan Ah Kau alias Tan Wei Chong serta Sim Eng Hock dari Gerakan dilarang mengangkat sumpah untuk lantikan semula bagi sesi 2011/2012 disebabkan gagal mematuhi peraturan memakai songkok.

Keputusan MPK itu dikatakan menimbulkan kemarahan ketiga-tiganya dan MCA Perlis sehingga menyebabkan tiga lagi ahli majlis dari MCA yang mematuhi peraturan, diugut akan digantung daripada jawatan yang disandang.

Wakil ahli majlis MPK yang diugut, Chan Poo Pee menyatakan beliau bersama Tan Kai Pain dan Shon Mei Hon rela dipecat daripada jawatan itu sekiranya tindakan mereka mengikut peraturan ditetapkan dalam mesyuarat ahli majlis dan majlis perlantikan baru-baru ini dipertikai parti.

Wakil ahli majlis yang enggan mengikut peraturan pemakaian songkok, Sim Eng Hock pula menyerahkan nasib mereka kepada Md Isa untuk tindakan lanjut.

No comments:

Post a Comment