Monday, January 16, 2012

Ketua Pemuda PAS Kedah jangan jadi ‘Diktator Agama’, halang mahasiswa di KUiN


Program Anak Muda anjuran beberapa grup mahasiswa Malaysia di padang Kolej Universiti Insaniah Negeri Kedah (KUiN) hari ini nampaknya dihalang sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Ahmad Yahya.

Dalam satu SMS (sistem pesanan ringkas) yang disebarkan, beliau bertegas bahawa program itu ‘haram’ di sisi seluruh mahasiswa Islam di negeri berkenaan.

SMS tersebut menyebut – Assalam.Adalah DITEGASKAN Dppnk mgharamkan ahli jik DI KEDAH trlibat mnganjur, menyertai, mramaikan program Dialog Anak Muda YG DUABHYRKAM SMM, GMI N NGO2 yg akan diadakan pd 17 jan di Padang Kuin PADA PTANG N MALAM BESOK, ana memberi amaran tindakan tegas akan diambil kpd mana2 ahli yg engkar…harap maklum- KP Pas Kedah (UST AHMAD YAHYA)

Program tersebut sebenarnya anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), iMAP serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang berlatarbelakangkan mahasiswa.

Perkembangan terbaru ini sekaligus mencerminkan bahawa pemimpin berkenaan tidak jauh berbeza dengan proksi-proksi Umni yang dicaturkan sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) di beberapa universiti awam tanah air.

Ketika PAS, PKR dan DAP dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 pada Sabtu lepas menyatakan komitmen untuk membebaskan mahasiswa dari akta draconion AUKU, kembalikan autonomi kampus dan kebebasan akademik kepada universiti dan mahasiswa; tindakan ketua pemuda ini seakan memberi gambaran sebaliknya.

Penganjur ketika menghubungi Nota Merah berkata pihaknya berharap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dapat memperbaiki imej kerajaan negeri dengan menghentikan perbuatan tidak demokratik oleh Ketua Pemuda PAS Kedah berkenaan.

“Dalam negara sekular yang dikatakan jauh dari agama (Islam) pun mempertahankan kebebasan berfikir, bersuara, berdialog hatta berkumpul. Takkan di dalam negari yang mempunyai cita-cita Islam seperti Kedah ini, semua kebebasan itu dihalang dengan perkataan ‘haram’.

“Ini Malaysia lah. Ini bukan taliban. Jika Ustaz berkenaan nak memalukan pentadbiran Islam pun, jangan halang aktiviti mahasiswa di negeri Pakatan Rakyat ini kerana Pakatan Rakyat untuk rakyat, bukan untuk ‘Diktator Agama’ macam dia (Ustaz Ahmad Yahya),” ujarnya.

Dijangka tindak tanduk tidak demokratik oleh ketua pemuda berkenaan akan sekali lagi menggamit perhatian media dan rakyat untuk menilai dirinya kalau tidak pun Pakatan Rakyat di pilihan raya umum ke-13 kelak.

Nukilan Nota Merah : http://networkedblogs.com/sMmLr

3 comments:

  1. Andapercaya SMS tu memang arahan dia???? Bukti??? Atau anda yang buat fitnah???

    ReplyDelete
  2. memang kurang cerdik statement yg dikuarkn ketua pemuda pas kedah, nak kata bodoh marah...kenyataan tu da macam puak2 geng songkok tinggi

    ReplyDelete
  3. kalu berita pasal org agama semua kena terima tanpa usul periksa, salah betol belakang kira. sekular jugak yg best. ni la yg ditunggu2

    ReplyDelete