Wanita Umno Malaysia bernama Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil akhirnya mengambil cuti selama 3 minggu dari tugas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat demi meredakan amarah rakyat terhadap penyelewengan RM250 juta projek lembu Pusat Fidlod Nasional (NFC).
Difahamkan, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mengambil langkah berani ini kerana rakyat khususnya Melayu sendiri tidak dapat menerima hakikat mengenai skandal paling kontroversi berkenaan.
Rakyat dikatakan marah kerana projek tersebut dikaitkan dengan suami dan keluarga Sharizat sehingga terpaksa mengheret campurtangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) demi memperbaiki imej pentadbiran Najib sendiri.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 menyatakan ada kecelaruan dalam skandal tersebut.
“Sedih melihat seorang boleh menjadi bodoh apabila tersepit,” menurut emel berkenaan.
“Keputusan Shahrizat (gambar) untuk bercuti adalah perkara terbaik untuk Umno dan memberikan nafas lega kepada pentadbiran Najib,” menurut sumber kerajaan.
Pegawai kanan kerajaan, katanya, telah berbincang berkaitan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mencadangkan kepada Shahrizat untuk mengambil cuti pendek.
“Shahrizat pada mulanya enggan, tetapi kemudiannya bersetuju untuk mengambil cuti,” tambahnya.
Sharizat semalam berdalih, memohon cuti dari Najib selama tiga minggu.
Dari isu NFC didedah tidak beroperasi secara telus sehinggalah pembelian kondo mewah di Bangsar dan Singapura dan terbaru Ketua Strategi PKR Rafizi Ramli mendedah e-mel seorang ahli Lembaga Pengarah SPRM menyatakan mengenai cubaan rasuah kepada pihak polis dan lain-lain.
Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas telah mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa individu yang menghantar emel terbabit adalah dirinya, sebagaimana dakwaan terbaru PKR itu.
Datuk Shamsubahrain Ismail telah dituduh menipu Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagai bayaran rundingan untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat.
PKR telah membuat beberapa pendedahan berhubung skandal tersebut termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar dan penggunaan dana untuk keperluan peribadi keluarganya.
PKR kemudiannya mengemukakan bukti-bukti penyelewengan lain termasuk pembelian kereta Mercedes-Benz CLS350 berharga RM534,622 dan dua lot tanah di Precinct 10, Putrajaya dengan nilai RM3,363,507.
PKR turut mendakwa sejumlah RM10 juta telah dipindahkan ke Singapura untuk pembelian kondominium mewah untuk keluarganya.
Perkembangan terbaru mengenai skandal yang membabitkan keluarga Sharizat menerima desakan pembangkang, termasuk tuntutan pecat dari kabinet Najib.
Mohamed Salleh, suami kepada Shahrizat bagaimanapun menafikan Shamsubahrin bukanlah saudara terdekatnya mahupun pernah bekerja dengan NFC.
Suami Sharizat berdalih bahawa skandal tersebut berpunca oleh Shamsubahrain menipu dirinya; yang kini dalam proses perbicaraan di mahkamah.
Ramai yang meramal selagi skandal lembu NFC RM250 juta tidak selesai, membantutkan Najib memanggil untuk pilihan raya umum ke-13 kerana bimbang pengundi Melayu sendiri menolaK Umno Barisan Nasional kelak. -END
Zainulfaqar Yaacob
http://networkedblogs.com/sDIO0

No comments:
Post a Comment