Saturday, February 11, 2012

Kebakaran di Kedah meningkat Januari

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTzjTTAx2L5hXhETQPg1M_-o3hmt-hXKnmAn-Ynr9zhXRZYcro8uygy9QhBsKF-EI4GYo5mL0Y2fo-x5uHinJ_F_uwnZKhlMoeUn3UlCaGhVANrsCfIoGQ98jabIBYTB9w5vi9MGEwn2A/s1600/014258268.jpg
ALOR SETAR 11 Feb. - Jumlah kebakaran di negeri ini didapati meningkat ekoran cuaca panas dan kemarau yang melanda sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Ahmad Shahabuddin berkata, 261 kes kebakaran dilaporkan bulan lalu berbanding 152 kes pada Disember 2011.

Menurutnya, keseluruhan kes kebakaran itu melibatkan 39 kes kebakaran bangunan, 110 kes kebakaran hutan atau belukar dan 112 lain-lain.

"Cuaca panas kering dan kemarau ini dijangka berlarutan sehingga April ini, jadi jabatan bomba menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terutama sekali jangan melakukan sebarang pembakaran terbuka. Dalam cuaca panas ini api senang merebak.

"Pihak jabatan juga meletakkan seluruh anggota dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kes kebakaran terutama di kawasan kampung-kampung di mana struktur rumah kebanyakannya papan dan mudah terbakar," katanya di sini semalam.

Ahmad turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terutama ketika menggunakan perkakasan elektrik di rumah masing-masing.

"Banyak kebakaran juga berpunca daripada litar pintas di mana satu soket elektrik diguna untuk pelbagai perkakasan elektrik," katanya.

Tambah beliau, jabatan tersebut juga akan mempergiatkan kempen kesedaran tentang kebakaran dalam kalangan penduduk terutama di kawasan luar bandar.

No comments:

Post a Comment