Friday, February 10, 2012

Program Mesra Rakyat di Kuala Muda hari ini


ALOR SETAR, 9 Feb 2012 –Program Mesra Rakyat Kerajaan Negeri Kedah Peringkat Daerah Kuala Muda akan diadakan pada 11 Februari 2012 bermula jam 10 pagi hingga 7 petang.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah dan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Muda itu akan diadakan di Taman Permatang Katong, Kota Kuala Muda.

Program tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak selain beliau turut menyampaikan sumbangan sempena majlis berkenaan.

Pada sebelah petangnya, akan diadakan dialog bersama nelayan dan NGO di Dewan Desa Keda, gotong royong membaiki rumah mangsa ribut di Kampung Hujung Matang serta penyerahan sijil tamat latihan pelajar Nur Barakah, Kampung Haji Kudong. Seperti kebiasaannya, wakil-wakil rakyat akan turun ke kampung-kampung untuk program ziarah dan sumbangan ke tempat-tempat yang dikenal pasti.

Sempena dengan program berkenaan, akan diadakan perlawanan bolasepak persahabatan antara Veteran Kedah dan Pilihan DUN Pandai Merdeka.

Semua dijemput hadir beramai-ramai ke majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment