Saturday, February 11, 2012

Raja Petra Sudah Jadi Blogger Murahan


Satu masa dahulu, Raja Petra dihormati di atas pandangan2 beliau yang berani. Beliau juga dihormati kerana berani membuat pendedahan-pendedahan yang begitu prolifik terhadap pemimpin2 negara di atas korupsi mereka.

Namun, reputasi beliau hancur berkecai apabila beliau menarik balik tuduhan beliau terhadap Dato Najib Tun Razak di dalam isu pembunuhan Altantunya.

Lagi pula, temuramah beliau digunakan oleh parti yaang selama ini beliau maki dan kutuk untuk kempen Barisan Nasional di Sarawak.

Sikap seperti ini digelar oleh pepatah Melayu dengan gelaran “Lidah bercabang”.

Dalam isu pasir yang baru beliau timbulkan pula, jelas ia satu tindakan yang “desperado”, bagi saya.

Ini kerana isu pasir yang beliau naikkan itu telah lama disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Orang2 yang dikatakan terlibat rasuah oleh Raja Petra telah didapati tidak bersalah oleh SPRM.

MAlahan, semenjak 2009 lagi, SPRM telah melantik 2 orang wakil dalam Lembaga Pengarah KSSB, sebuah syarikat yang mengawal selia pelombongan pasir di Selangor.

Dengan menuduh wujudnya rasuah dalam hal berkaitan perlombongan pasir, ertinya Raja Petra menuduh pihak SPRM serta Transparency International terlibat di dalam melindungi amalan rasuah di Selangor.

Nasihat saya kepada Raja Petra, janganlah sampai maruah sendiri sanggup dijual demi mahu membodek orang-orang yang berkuasa.

Sebelum ini pun saya kerap kali mendedahkan percubaan Raja Petra untuk membawa korupsi ke dalam ajaran Islam. Fahaman-fahaman anti hadeeth yang pro liberalisma Barat menjadi fahaman utama beliau di dalam menolak ajaran islam yang murni lagi suci.

Bagi saya, percubaan mengkorupsi ajaran Islam adalah lebih buruk dan jijik berbanding amalan korupsi kuasa dan wang ringgit.

Cermin lah diri kamu tu dahulu sebelum mahu memfitnah orang lain, wahai Raja Petra Kamaruddin.

Sekian
Tulang Besi@Malaysiawaves
www.malaysiawaves.com 



No comments:

Post a Comment