PENGKALAN KUNDUR, 8 Feb 2011 – Seramai 54 orang menerima sumbangan kafalah yang diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Dun Pengkalan Kundur di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Phahrorazi Zawawi berkata, sumbangan kafalah tersebut diadakan antara dua hingga tiga bulan sekali serta merangkumi penerima seluruh Dun Pengkalan Kundur.
Antara lain, beliau menyifatkan, Skim Kafalah yang telah dilancarkan dua tahun yang lalu memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan untuk menerima bantuan berupa wang tunai dan sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban untuk menyelesaikan keperluan-keperluan tertentu.
Beliau yang juga ADUN Pengkalan Kundur mengharapkan penerima memanfaatkan pemberian berkenaan sebaik mungkin. Beliau seterusnya menyampaikan sumbangan berkenaan kepada penerima yang di antaranya termasuklah penerima dari kalangan masyarakat Tiong Hua.
Majlis dihadiri kira-kira 100 orang termasuk AJK PKWR, MTD dan masyarakat berdekatan.

No comments:
Post a Comment