PENGURUS Dewan Gerakan Masyarakat Telok Kumbar membenarkan penganjur Kejohanan Bola Sepak Kalah Mati Piala Mat Sabu enggan 'membuka' tandas awam pagi tadi telah menggamit amarah anak muda yang hadir, termasuk seorang pemuda Umno tempatan.
Pemuda berkenaan berkata, tindakan sedemikian akan menjauhkan lagi belia parti perkauman itu.
"So (maka) kenapa nak kunci-kunci tandas awam. Mereka (penganjur) nak sewa, mereka janji akan jaga kebersihan di sini.
"Padang ini belia Umno yang urus. Dewan ini JKKP (di bawak kerajaan pusat) yang urus. Tak patut beri alasan kunci tandas sebab penganjur hanya sewa padang sahaja," ujarnya kepada PenangInsight.com.
Beliau yang mengaku sebagai pemimpin pemuda Umno peringkat tempat bagaimanapun enggan identitinya diketahui atas pertimbangan politik.
Beliau berkata, Umno secara umumnya sebenarnya tidak wajar dipersalahkan kerana perbuatan sedemikian adalah dilakukan oleh 'orang kuat' Umno tempatan sahaja.
"Ini bukan salah Umno. Ini salah 'orang kuat' (tempatan) sini (Teluk Kumbar)," ujar beliau sambil memohon maaf kepada semua pemuda yang menghadapi kesulitan, di sini.
Dalam perkembangan yang sama, kejohanan piala Timbalan Presiden PAS itu turut menerima unsur sabotaj dari Umno Pulau Pinang.
PenangInsight.com difahamkan, pihak tertentu dalam Umno sejak seminggu yang lalu bertindak tergesa-gesa menganjurkan kejohanan yang sama hari ini di Universiti Sains Malaysia (USM) selepas menerima informasi bahawa kejohanan 'Piala Mat Sabu' mendapat sambutan menggalakkan.

- http://penanginsight.com/content/sabotaj-piala-mat-sabu-terima-amarah-pemuda
No comments:
Post a Comment