
Dengan menyindir, ketua penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor berkata cadangan tersebut akan membolehkan perdana menteri itu lebih dikenali dan popular di kalangan rakyat Malaysia berbanding pemimpin Umno yang lain.
"Paling penting adalah untuk memastikan Datuk Seri Najib menang dalam pilihan raya umum ke-13, tidak kisah apa jadi kepada Umno atau pemimpin yang lainnya," kata Ridhuan lagi.
Bercakap dalam satu kenyataan, Riduan berkata, Najib "memang sesuai" sebagai menteri wanita dan "tiada lagi pemimpin Wanita yang layak" memegang jawatan itu.
Langkah itu juga, menurut Riduan, membuktikan "kehebatan" Najib sebagai "pemimpin serba boleh" selepas menjadi perdana menteri dan menteri kewangan.
"Mungkin semua pemimpin lain yang ada dalam Umno mahupun Barisan Nasional tidak sehebat dan setanding dengan Datuk Seri Najib, ataupun mungkin kesemua pemimpin Umno yang lain tidak boleh dipercayai untuk dijadikan menteri.
"Malah DPPM juga mencadangkan supaya Datuk Seri Naib membolot semua jawatan menteri kabinet yang lain," sindir Riduan dalam satu kenyataan.
Agih tugas dengan Rosmah
Riduan juga berkata, Najib "mungkin" boleh mengagih tugas di kementerian itu bersama isteri perdana menteri itu, Datin Seri Rosmah Mansor yang menurutnya, "bukan calang-calang orang."
"Dengan itu, isterinya boleh diangkat setanding dengan menteri-menteri kabinet yang lain, serta boleh menentukan dasar dan polisi negara," kata Riduan lagi.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin pula menyifatkan tindakan Najib memangku jawatan tersebut sebagai "satu langkah kebelakang dalam memperkasakan usaha penglibatan 30% wanita di peringkat pembuat keputusan."
"Tambah malang lagi apabila Najib tidak berani dan tiada 'political will' untuk meletakkan seorang tokoh wanita yang layak untuk memegang jawatan Menteri Wanita. Ini menunjukkan Wanita Umno ketandusan kepimpinan wanita.
Zuraida yang juga ahli parlimen Ampangturut mendakwa tindakan Najib juga memperlihatkan kepimpinan yang lemah dan tiada hala tuju yang jelas.
"Apakah Wanita UMNO sanggup dipimpin oleh seorang pemimpin yang lemah, dan tidak memperjuangkan kepentingan wanita walaupun diperingkat parti, apatah lagi diperingkat Kerajaan?" soal Zuraida dalam satu kenyataan.
No comments:
Post a Comment