
Tak tahu demam ini kerana memang badan nak demam atau demam kerana mencabut gigi ketika badan sudah demam.....tapi rasanya demam nih kerana sakit gigi...bertambah parah lagi pulak mencabut ketika badan tengah demam.
Nak update blog ni pun dalam keadaan kepala 'pusing'.....namun ia sudah menjadi rutin walaupun apa yang ditulis tidak memenuhi selera anda lebih-lebih lagi yang berada di luar Pakatan.
Pertama kali pergi ke Klinik Kesihatan Kecil Bandar Baru Bangi dan terus naik Tingkata 1, Unit Pergigian.
Sementara menunggu giliran......sempat pulak bersembang dengan seorang pesakit yang berusia lebih kurang 65 tahun yang sedang men'telaah' 'suratkhabar deme'.
Tiba-tiba dia bertanya, "Nak cabut ke nak tampal?"
Saya menjawab ringkas, "Biar Doktor tentukan."
Dengan nada sinis dia mencelah, "Mana boleh. Kita kena buat pendirian sendiri."
Dalam hati sempat saya berkata.....orang tua ni nak 'kena' nih.
Saya pulak bertanya kat dia, "Abang nak buat apa?"
Dengan lidah yang fasih tanpa ragu-ragu dia menjawab, "Gigi palsu. Mana nak dapat cuma RM50 aje."
Saya cuba 'test' dia, "Murahlah tu. Kalau kat klinik swasta mahu 5-6 ratus ringgit."
Saya sambung lagi, "Kenapa tak buat kat Klinik swasta?"
Dia menjawab dengan nada separuh mengeluh, "Mana abang mampu. Anak empat orang udah bekerja tapi kena bayar hutang PTPTN lagi...hutang kereta...hutang rumah."
Saya sudah mula tersenyum kerana abang ini sudah masuk perangkap.
Saya cuba 'test-uji' abang ini sekali lagi, "Bagus ke PTPTN tu?"
Dia menjawab, "Baguslah. Abang mana mampu nak tanggung 4 orang tu masuk Universiti."
Saya cepat-cepat mencelah, "Betul tu, tapi yang merananya anak-anak kita, ber'lepek' dengan hutang."
Kepalanya masih beku dengan auta Umno setiap hari dan malam.
Dengan keras hati dia masih mempertahankan hujahnya, "Memang le adat orang berhutang...mesti bayar...tak masuk syurga tahu."
Saya cuba menenangkan keadaan, "Betul tu Bang. Tapi kalau le pinjaman itu diganti dengan Biasiswa mungkin anak-anak kita boleh beri lebih sikit wang saku bulanan."
Saya ingatkan keadaan sudah tenang...rupa-rupanya makin hangat.
Abang itu sempat berkata sebelum nombor gilirannya keluar, "Kau nak bangkrapkan negara ni."
Sebelum dia masuk bilik rawatan, saya sempat me'maku'kan kepala otaknya, "Anak-anak kita bangkrap tak pe ke?"
Dia beredar masuk dan sempat menjeling (tak tahu marah ke setuju)......begitulah kepala otak penyokong totok yang sudah membeku kerana setiap hari dan malam mendengar auta pemimpin mereka.
- http://al-brangionline.blogspot.com/2012/04/ptptn-dan-gigi-palsuapa-benda-nih.html
No comments:
Post a Comment