Tuesday, April 10, 2012

Berkenaan Laporan SPRM bila kes UMNO KEDAH terus jadi ceroi...



antara sebab kenapa kita kena perjatuhkan PEMIMPIN UMNO..
Laporan ini telah dilakukan pada tahun lepas lagi namun sampai sekarang satu file pun tak buka...jadi anda fikirkanlah....

Ekoran pendedahan oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah berhubung 'perbelanjaan tidak berkepentingan' sebanyak RM7.5 juta Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (STDC) yang dilakukan oleh pengurusan yang lalu (di bawah Kerajaan BN), Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar hari ini mengambil tindakan melaporkannya kepada SPRM.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar yang baru, Encik Mohd Azam Awang bersama beberapa AJK Pemuda yang lain telah menyerahkan bukti-bukti berkaitan berupa dokumen bertulis dan cakera padat kepada SPRM.
"Bahan-bahan asas untuk penyiasatan telah diserahkan kepada SPRM, terserah kepada SPRM untuk menyiasat secara terperinci seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak tertentu berdasarkan apa yang telah didedahkan oleh Dato' Amiruddin dalam Sidang DUN baru-baru ini," ujar Mohd Azam ringkas selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai penyiasat SPRM.

Dalam Sidang DUN baru-baru ini, Dato' Amiruddin Hamzah mendedahkan bagaimana STDC telah membelanjakan RM7.5 juta sebagai sumbangan, walhal ianya tidak diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pelepasan cukai.

No comments:

Post a Comment