
Namun, sejak pemerintahan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa bagi masyarakat Siam, India dan Cina yang dijaga oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk memantau semua kaum di negeri Kedah.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, adalah menjadi dasar kerajaan negeri, walaupun berbeza dari segi budaya dan agama, nilai-nilai kemanusiaan tetap dititikberatkan.
“Apa yang saya ingin tegaskan di sini bahawa kita adalah berbeza dari segi budaya, agama, tetapi kita berkongsi dari segi nilai bahawa orang Islam, Siam, agama telah mengajar kita hormati orang tua, jadi orang baik, manusia yang ada perikemanusiaan.
“Ini dasar yang saya bawa di Kedah, agama, budaya dan keturunan bukan jadi kayu pengukur tetapi nilai kemanusiaan,” ujar beliau pada Sambutan Perayaan Pesta Songkran 2012 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Wat Kampung China, Mukim Padang Kerbau, di sini.
Tambah beliau, kegagalan kerajaan dahulu melaksanakan permintaan masyarakat Siam adalah disebabkan tiadanya jawatankuasa khas untuk memantaunya.
“Beberapa permintaan oleh masyarakat Siam telah banyak dibuat, tetapi pelaksanaannya masih belum dilakukan, ini kerana dulu tiada jawatankuasa khas untuk memantau dan saya sendiri juga mempunyai hubungan yang baik dengan sami Siam.
“Saya berterima kasih kepada mereka kerana jemputan saya sentiasa mereka sambut terutama sekali bila mengadakan perayaan Aidilfitri di kediaman rasmi saya, di Mentaloon,” ujar beliau.
YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan turut menyempurnakan majlis peletakan batu asas Dewan Perpustakaan Desa Sekolah Bahasa Siam, Wat Kampung China.
Bersempena dengan sambutan tahun baru bagi masyarakat Siam, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin dan fakir miskin.
![]() | ![]() |
Turut diberi sumbangan kepada Sekolah Wat Phikultharam serta anak-anak masyarakat Siam yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2011.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, YB Dato’ S. Manikumar dan isteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul, YB Tan Chow Kang, YB Lim Soo Nee dan Ketua Sami Kedah / Perlis.
No comments:
Post a Comment