
Wakil Ahli Jawatankuasa Masyarakat Siam Negeri Kedah, Edin Chok Edin Proot mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, terutama YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan kerana prihatin terhadap permasalahan masyarakat Siam negeri Kedah.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Menteri Besar dan Exco yang begitu prihatin dengan permasalahan masyarakat Siam hingga dapat diselesaikan.
“Mereka begitu ambil berat dan selalu hadir untuk melihat sendiri masalah-masalah yang berbangkit seperti masalah pendidikan, sosial, tapak wat Siam dan tanah perkuburan masyarakat Siam,” ujar beliau pada Sambutan Perayaan Pesta Songkran 2012 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Wat Kampung China, Mukim Padang Kerbau, di sini.
Tambah beliau, kerajaan negeri juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 ribu bagi membina dewan perpustakaan desa sekolah bahasa Siam di Wat Kampung China yang telah lama dipohon oleh masyarakat di situ.
“Terima kasih kepada kerajaan negeri atas usaha gigih yang telah dapat kelulusan untuk bina dewan perpustakaan desa di sini.
![]() | ![]() |
“Sepatutnya telah lama dibina kerana di sini ada enam kampung, tetapi ianya telah dibina dibina di tempat lain, yang tidak mempunyai ramai penduduk,” ujar beliau.
Di akhir ucapan, beliau berharap kerajaan Pakatan Rakyat dapat terus memimpin Kedah selepas Pilihanraya Umum ke 13.
No comments:
Post a Comment