Thursday, April 5, 2012

Operasi Terengganu @ Gelombang Biru.....

Peningkatan peratusan pengundi baru di kawasan parlimen Subang membimbangkan. Perbezaan dengan kawasan parlimen jiran iaitu Petaling Jaya Utara amat ketara.Nama menteri besar Selangor didakwa dipindahkan menjadi pengundi kawasan parlimen Lembah Pantai di Kuala Lumpur.

Jika namanya turut menjadi mangsa, apa lagi rakyat biasa?Pada tahun 2004, peratusan pengundian di Terengganu meningkat dengan luar biasa. Kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memansuhkan cukai pintu dikalahkan oleh BN.Dari segi logiknya, mustahil bagi rakyat Terengganu mengundi untuk membayar kembali cukai pintu. Tetapi itulah yang berlaku.

Selepas berjuang bermati-matian untuk mengembalikan royalti minyak di negeri tersebut, PAS 'dihukum' oleh rakyat. Operasi penambahan pengundi baru yang besar didakwa dijalankan untuk mengalahkan PAS dinamakan Operasi Terengganu.Dikatakan operator-operator kepada "Operasi Terengganu" telah lama beroperasi di Selangor.

Jangan terkejut jika kerajaan yang memansuhkan bayaran bil air akan kalah kepada parti yang mahu mengembalikan bayaran bil air.

Apakah yang akan dilakukan oleh Pakatan untuk berhadapan dengan "Operasi Terengganu"?Duduk dan hanya menyaksikan? Khayal dengan mimpi-mimpi indah untuk mengambilalih Putrajaya?

No comments:

Post a Comment