Keratan akhbar berkaitan kes perjumpaan mesra melibatkan Pegawai Khas
Perdana Menteri dan Pegawai Tadbir Agama Kota Setar
Alhamdulillah, hasil tindakan pantas DPP Kawasan Kuala Kedah bersama Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Kedah, pada jam 4.06 minit petang Isnin pada 9 April 2012, Syeikh Alauddin Dato' Abu Bakar telah menghubungi Saudara Azizi Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah memaklumkan pembatalan jemputan kepada Dato' Latt Shariman, Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah untuk program perjumpaan dengan pegawai-pegawai masjid daerah Kota Setar dan Pokok Sena pada 15 hb April (Ahad) ini.
Sebelum ini dilaporkan, pihak DPP dan PAS Kawasan Kuala Kedah meragui perjumpaan tersebut (di sini) kerana kapasiti Dato' Latt Shariman dipertikaikan untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai masjid yang bukan berada di bawah bidang kuasanya. Malah Dato' Latt dan Pegawai Agama Daerah Kota Setar jelas membelakangkan Exco Kerajaan Negeri Kedah berkaitan, iaitu Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Dato’ Mohamed Taulan Mat Rasul yang sepatutnya mengetahui secara terperinci mengenai hal ini, seterusnya turut dijemput bersama ke perjumpaan tersebut.
DPP Kawasan Kuala Kedah serta Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah bersama beberapa wakil masjid di Kuala Kedah dan penduduk, telah menghantar memorandum bantahan ke pejabat Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, sebelum turut menghantar memo yang sama kepada Exco Agama, YB Dato' Taulan di Wisma Darul Aman.
Sejurus selepas itu, maklumat terkini, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Alaudin memberitahu perjumpaan itu dibatalkan kerana bantahan yang telah dilakukan tersebut. Walaupun dilaporkan beliau berkata ianya hanya perjumpaan mesra antara wakil Perdana Menteri dengan pegawai agama, apakah signifikannya seorang Pegawai Tadbir Agama meluluskan pertemuan Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah dengan imam/pegawai masjid daerah Kota Setar dan Pokok Sena? Kenapa hanya melibatkan pegawai masjid daerah Kota Setar dan Pokok Sena sahaja malah ianya dikatakan hanya perjumpaan mesra??
Ucapan terima kasih dan tahniah kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah dan PAS Kawasan Kuala Kedah yang telah bertindak segera menghantar memorandum bantahan kepada pihak-pihak bertanggungjawab untuk mematahkan penyalahgunaan kuasa di peringkat pejabat agama dan pihak UMNO di negeri Kedah ini.
Tahniah juga kepada DPP Kawasan Kuala Kedah yang telah menyiapkan draf memorandum untuk dihantar kepada AJK PEMANDU PAS PUSAT dan akan diserahkan secara tangan di Kota Bharu selepas ini. Kita doakan semuanya berjalan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah. InsyaAllah.
Pertemuan dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) Dato' Noh Dahaya
berkaitan isu surat yang dikeluarkan oleh PTA Kota Setar untuk majlis perjumpaan
Ketua Umno Kuala Kedah dengan pegawai-pegawai masjid daerah Kota Setar
Penyerahan memo bantahan atas "kelalaian" Pegawai Tadbir Agama Kota Setar,
Syeikh Alauddin yang menjadi orang tengah untuk perjumpaan Ketua Bahagian
Umno Kuala Kedah dengan pegawai masjid Daerah Kota Setar dan Pokok Sena
Lapor salahguna kuasa Pegawai Agama Daerah Kota Setar kepada SPRM, kelihatan Ketua
Penerangan PAS Kuala Kedah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, S/U Masjid
Kubang Rotan, S/U Masjid Teluk Kechai dan S/U Masjid Gunung Sali
Ketua DPP PAS Kuala Kedah membuat kenyataan berkaitan memo bantahan
terhadap tindakan Syeikh Alauddin yang membenarkan perjumpaan Ketua UMNO
Kuala Kedah dengan pegawai-pegawai masjid Kota Setar/Pokok Sena
Berikut adalah rakaman kenyataan dari Ketua DPP selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada JAIK pada 9 April 2012 yang lalu :
No comments:
Post a Comment