Friday, June 15, 2012

Program membeli belah untuk golongan kurang upaya

E-mail
ALOR SETAR – Warga emas, golongan kurang bernasib baik dan ibu tunggal merupakan menjadi peserta program membeli belah di pasaraya dan ianya merupakan salah satu program kemasyarakatan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Dato’Ustazah Siti Ashah Ghazali.

“Kita membuka peluang kepada semua NGO diseluruh daerah di Kedah untuk program seumpama itu. Dalam program berkenaan, setiap NGO perlu menyenaraikan 100 penerima sumbangan dan setiap seorang diperuntukan sebanyak RM100.

“Sasaran penerima mestilah dari golongan yang kurang bernasib baik, warga emas dan ibu-ibu tunggal yang berpendapatan rendah serta di bawah garis kemiskinan,” jelasnya ketika dihubungi.


Tambahnya lagi, setakat ini pihaknya hanya berurusan dengan Pasaraya Giant seluruh Kedah untuk tujuan berkenaan. Penerima akan membeli barang-barang keperluan melalui baucer yang bernilai RM100. Walau pun jumlah berkenaan agak kecil berbanding dengan harga barang serta keperluan  harian yang agak mahal kosnya, sekurang-kurangnya program seumpama itu memberi peluang kepada golongan sasaran untuk merasai kehidupan seperti orang lain.

“Saya merasa sangat terharu kerana ada di kalangan penerima sebelum ini tidak pernah membeli belah di pasaraya, keperluan harian hanyalah diperolehi di kedai-kedai runcit berdekatan.

“Peluang seumpama ini memberi peluang kepada mereka untuk merasai seperti mana dirasai oleh orang lain,” ujarnya.

Jelasnya lagi, penerima-penerima berkenaan akan dibawa oleh NGO yang terlibat ke pasaraya dan setiap mereka akan bersama dengan seorang pengiring untuk membantu mereka memilih barangan keperluan mengikut kadar yang ditetapkan.

Program seumpama itu, telah dilaksanakan oleh Pertubuhan NGO SAHARA, Sungai Petani dan PEWANGI, Pendang. Sambutan yang diterima amat menggalakkan di samping mendapat kerjasama dari Nisa di daerah berkenaan.

No comments:

Post a Comment