
Baru-baru ini beliau sekali lagi turun padang menyampaikan sumbangan RM2500 bagi menyiapkan rumah seorang penoreh getah yang memerlukan rumah baru untuknya berteduh.
Mohd Rosdi Kasim, 35, tinggal di Kampong Tandop Pisang, Kuala Ketil. Dia dan isterinya bersama dua anaknya, sebelum ini dikatakan tinggal di rumah yang tidak mempunyai bilik dan hanya makan serta tidur di tempat yang sama.
Berkat keprihtinan YB Johari dan penduduk setempat mereka kini dapat tinggal dirumah yang lebih selesa apabila YB Johari dengan kerjasama penduduk setempat bergotong-royong selama kira-kira seminggu untuk menyiapkan rumah tersebut.
Seminggu selepas itu, Mohd Rosdi dapat menarik nafas lega apabila menerima kunci rumah baru di dalam majlis penyerahan kunci di rumahnya.

No comments:
Post a Comment