Sunday, July 8, 2012

Parti Gerakan berbohong!

Ahad, 08 Julai 2012 14:51 | Ditulis oleh SARINA ISMAIL | PDF | Cetak | E-mail

ALOR SETAR – “Dakwaan Pemuda Gerakan Negeri Kedah, Tan Keang Liang, salah dan tidak berasas sama sekali.

“Kerajaan negeri tidak mengeluarkan polisi seperti yang didakwa oleh beliau dan exco berkenaan juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu,“ tegas Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak kepada pemberita semasa sidang media, di sini.

Jawapan tersebut diutarakan bagi menjawab tohmahan kononnya kerajaan negeri akan mengeluarkan polisi baru hanya membenarkan anak kelahiran Kedah membeli dan memiliki rumah di sekitar Sungai Petani dan Kulim.

“ Di bawah exco baru portfolio berkenaan, kerajaan negeri akan membina rumah kepada rakyat dan mengambil kira semua golongan. Kita melaksanakan konsep adil kepada rakyat, bina rumah kos sederhana dan mampu milik,“ jelasnya lagi.


Sambungnya, beliau tidak mahu terjadi di negeri-negeri lain, sebahagiannya tinggal di rumah mewah dan yang susah dan miskin tinggal di jambatan dan di tepi jalan keretapi. Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat hal kepentingan rakyat.

“Kita tidak menyekat orang luar membeli rumah di Kedah tapi keutamaan akan diberi kepada rakyat Kedah. Contoh di Langkawi, orang luar nak beli rumah perlu kelulusan dulu. Keputusan ini dibuat untuk menjaga kepentingan rakyat. Kita tak mahu, orang luar dapat rumah, rakyat sendiri tak ada rumah.

“Saya rasa kerajaan mana-mana pun akan membuat polisi mengutamakan rakyat negerinya. Semua itu bertujuan menjaga hal rakyat negeri dia,“katanya.

Jelasnya lagi, di Malaysia lebih dari 500 ribu nilai porperty untuk orang luar dan semua itu tidak perlu approval atau pengesahan dari Majlis Kerajaan Negeri.

“Dia muda lagi, lawyer pula, ada potensi jadi menteri. Nanti dia jadi menteri buatlah apa yang dia nak buat, “katanya sambil berseloroh.

No comments:

Post a Comment