[PANAS] Keluar "Fatwa" Mengkafirharbikan DAP, Kemudian Terima RM2 Juta
Impresi pertama orang ramai yang mengikuti kisah "fatwa" ustaz pondok ini ialah: "Adakah RM2 juta ini merupakan habuan kerana mengeluarkan "fatwa" mengkafirharbikan DAP?"
Persoalan ini memang tidak akan lari daripada mulut orang ramai. Tambahan pula imbuhan RM2 juta ini diterima oleh ustaz yang mewakili sekolah pondoknya hanya selepas beberapa hari dia mengeluarkan "fatwa" yang dipersoal oleh pelbagai pihak.
Wahai UMNO, bagaimana dengan nasib sekolah pondok yang lain? Bilakah sekolah-sekolah itu akan menerima bantuan RM2 juta? Jika pondok Abdullah Sa'amah menerima RM2 juta, maka sekolah pondok yang lain juga berhak menerima jumlah yang sama. Adakah pengeruanya perlu mengeluarkan fatwa menibai DAP baru sekolah itu layak menerima "bantuan"? - DCM

Berita Berkaitan:[MK] Seorang guru pondok kontroversi yang sering bergeser pandangan dengan para pemimpin PAS hari ini tampil dengan satu lagi dakwaan bahawa hukum menyokong parti DAP adalah haram.
Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Bagaimanapun, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Muhammad sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".
Abdullah juga mendakwa, umat Islam berdosa jika menyokong parti yang membawa kepada kemenangan DAP dalam pilihan raya.
"Perjuangan DAP tidak terima perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata.
"Wajib orang Islam dalam PAS, Umno dan PKR menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Beliau memberi alasan, parti yang bekerjasama dengan DAP itu bergabung di bawah satu Pakatan.

puak lagu ni le kat narathiwat yang jadi gerombolan pondok lain orang berpusu pusu datang belajar kerana barakah akibat cemburu gerombolan bom pondok pondok yang maju di malaysia gerombolan jenis tukang tabur fitnah untuk mencari ungkos tak sia sia sirah nabi yang menegur puak puak haram ni
ReplyDelete