Saturday, August 11, 2012

Haram, berdosa undi Umno

Oleh Penarik Beca

Ada Mamat yang saya yakin ilmu agamanya sekangkang kera kata, adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud (lihat juga liputan Malaysiakini). Saya tak nak kotorkan blog ini dan tulis nama dia di sini.

Suka hati dialah nak try lebih buat fatwa konon. Tapi jangan buat fatwa sesat dan jahat yang berat sebelah. Undi dan sokong MCA, Gerakan, MIC dan yang seBarisan Nasional dengan parti-parti tu tak haram? Kerana dia buat fatwa sesat dan jahat, tak payah mengaji Islam tinggi-tinggi pun saya yang jahil ini yakin dan pasti adalah haram belajar agama dari musibat macam tu.

Kita tengok line of argument Mamat tu. Mamat tu kata haram sokong DAP sebab parti itu menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Dengan mengambil line of argument dia, tak payah mengaji agama tinggi-tinggi pun saya yang jahil ini yakin dan pasti adalah haram dan berdosa undi Umno.

Alasannya, lihat petikan ucapan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan.

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan.

No comments:

Post a Comment