KUALA LUMPUR 12 Ogos - Peningkatan bilangan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia sejak Sabtu lalu, membawa asap jerebu merentasi sempadan dan menyebabkan kemerosotan kualiti udara terutama di kawasan pantai barat semenanjung.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya hari ini berkata, kawasan Pelabuhan Klang, Selangor berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 118, diikuti Alor Setar (IPU 103) dan Kangar (IPU 103).
Sebanyak 18 kawasan berada pada tahap baik daripada 49 stesen pengawasan kualiti udara JAS, manakala 28 lagi sederhana.
Pengaruh angin monsun barat daya yang bertiup dari kawasan titik panas atau kawasan berlakunya pembakaran terbuka yang tidak terkawal di Sumatera Tengah telah membawa asap jerebu merentasi sempadan, menyebabkan kemerosotan kualiti udara terutama di kawasan pantai barat semenanjung," kata kenyataan itu.
No comments:
Post a Comment