Pemuda Umno Kedah yakin 60% pengundi muda sokong BN
16 September 2012
KUALA NERANG - Pergerakan Pemuda Umno Kedah yakin lebih 60 peratus golongan muda di bawah umur 40 tahun yang meliputi kira-kira 49 peratus jumlah pengundi negeri ini menyokong Barisan Nasional (BN).
Ketuanya Badrulhisham Hashim berkata berdasarkan situasi semasa, golongan muda yang terpelajar dapat melihat masa depan mereka lebih terjamin di bawah pemerintahan BN yang ditunjangi Umno.
Katanya program dan pendekatan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendapat sokongan rakyat memberi tempias kepada golongan muda di Kedah.
"Di Kedah, kita fokus kepada tempat tinggal dan masalah golongan muda supaya peranan Perdana Menteri terus diterima baik dan memberi kesan positif kepada BN," katanya kepada Bernama semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pergerakan itu di Dataran Kuala Nerang di sini, hari ini.
Badrulhisham berkata walaupun statistik pilihan raya kecil selepas PRU 2008 menunjukkan ada peningkatan sokongan pengundi muda terhadap BN, Umno perlu terus berjuang supaya nasib bangsa Melayu terpelihara. - Bernama
![]() |
| Ini anak muda Padang Terap sahaja yg 40% sokong Pakatan Rakyat... |

tahniah kalau macam tu.apapun kita tengok PRU 13 nanti.betoi kata kata tukang melalut umeno be end ni.
ReplyDelete