Penjelasan Rasmi Fitnah Johari Din terhadap PAS Kawasan Kuala Kedah di wall FB beliau yang berbunyi:
"YB Dato Amirudin dipinggirkan lagi oleh PAS Kwsn Kola Kedah"
Sebenarnya, pada tarikh 17 Oktober 2012, YB Dato Ir. Amirudin Hamzah ada diluar negeri atas urusan rasmi kerajaan, sementara tempat diadakan ceramah iaitu Pusat Komuniti Taman Sri Putra adalah dalam cawangan beliau (PAS Cawangan Taman Seri Putra, Kuala Kedah) dan beliau juga adalah selaku Ketua PAS Cawangan tersebut.
YB. Dato' Ir. Amirudin Hamzah dengan ini menyampaikan salam kepada semua rakan FB yang membaca atau terbaca fitnah yang di lontarkan oleh Johari Din secara tidak bertanggung jawab.
Segala komen yang ditimbul melalui komen di bawah tajuk berkenaan oleh Johari Din tidak berkaitan dan hanyalah serkap jarang.
Bersama ini disertakan salinan wall beliau mengenai fitnah tersebut.
Harap maklum.
ARIS AWANG
Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah

No comments:
Post a Comment