Wednesday, October 17, 2012

MKK jangan makan elaun buta !!!

Tanggungjawab MKK sangat penting

SUNGAI PETANI – Kerajaan Negeri begitu prihatin dengan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) dalam usaha bersama-sama membangunkan negeri ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, YB. Dato’ S. Manikumar, peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh MKK amat penting ke arah mensejahterakan negeri ini.

“Peranan MKK amat penting dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian elaun kepada Ketua Kampung dan Setiausaha MKK di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), di sini.


Pembayaran elaun berkenaan diberikan kepada Ketua Kampung dan Setiausaha MKK dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Pantai Merdeka, Bakar Arang, Gurun, Tanjung Dawai dan Sidam.

Turut hadir ialah ADUN Sidam, Tan Chow Kang dan Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Haji Ahmad Fisol Haji Md Nor.

1 comment:

  1. Memang makan duit elaun free pun, bukan setakat MKK saja bahkan YB sendiri pun payah nak jumpa, mana dia yang selalu dicanangkan YB berkhidmat untuk rakyat, apa salahnya jika YB sendiri permudahkan untuk rakyat berjumpa untuk bertanyakan sesuatu tentang masaalah semasa rakyat,kalau tidak pun pamerkan no.tel wakil dan sebagainya untuk permudahkan berhubungan antara dua belah pehak rakyat dan pemimpin, ini tidak nak berhubung pun mengalah nak jumpa sultan, nak jumpa protokol la dan berbagai lagi , bila PRU pandai pula melalak sana kemari memancing undi.

    ReplyDelete