- Kedahlanie juga Malaysiakini telah mengeluarkan komen yang tidak tepat berkaitan isu pembabitan anak syarikat PMBKed, KCB berkaitan projek pembalakan di Papua New Guinea.
Sebagai bekas pegawai anak syarikat tersebut, saya terpanggil untuk memperbetulkan maklumat yang di keluarkan sementara pihak kami menunggu keputusan peguam untuk tindakan selanjutnya,
Maklumat yang disebutkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara ini jauh berbeza daripada kebenaran. Kenapa percanggahan tersebut berlaku?
Kemungkinan disebabkan kerajaan negeri atau pihak PMBKed tidak mahu kebenaran kerana ianya menunjukkan kegagalan atau kelemahan mereka. Pegawai2 anak syarikat yang ditugaskan sebaliknya telah dipersalahkan.
Ingin dimaklum bahawa kesemua staf anak syarikat tersebut telah diberhentikan walaupun keputusan Komisyen Khas untuk projek di Papua belum membuat resolusinya. Pihak kami telah dumaklumkan bahawa pihak pengurusan sementara baru yang diterajui oleh Ketua Eksekutif PMBKed telah cuba meneruskan projek tersebut tetapi gagal kerana projek ini bukan bermasaalah tetapi benar dan boleh memberi pulangan yang lumayan.
Saya ingin memaklumkan bahawa bekas Pengarah Urusan anak syarikat tersebut telah menyaman pihak kerajaan negeri dan telah berjaya dimahkamah pada pertengahan tahun ini. Saman malu telah dibuat selepas itu dan kini menunggu keputusan mahkamah.
Isu2 yang ingin saya perbetulkan adalah seperti berikut:
Pertama kerugian bukan RM134 juta tetapi RM4 juta lebih. Kerugian ini disebabkan kos operasi dan lain2 apabila syarikat memberhentikan operasinya. RM134 juta adalah jumlah pinjaman yang di luluskan oleh pihak CIA, London yang kemudian dibatalkan oleh pihak kerajaan negeri melalui YB Datuk Amiruddin. Pembatalan tersebut yang dibuat pada penghujang dokumentasi pinjaman bukan disebab oleh tidak memihak pada syarikat atau ketiadaan keupayaan membayar TETAPI kerana PENDAHULUAN sebabnyak RM10 juta di JANGKA di terima daripada pihak pembeli balak daripada negara Cina ketika itu. Pengurusan anak syarikat terpaksa akur akan keputusan tersebut walaupun telah maklum bahawa syarat2 pembayaran fi dan lain2 telah dipenuhi dan drawdown pinjaman hampir ketika itu.
Keputusan membatalkan pinjaman oleh pihak kerajaan negeri dan PMBKed menyebabkan projek ini bermasalah kerana sokongan dana yang diperlukan tiada kerana pembayaran pendahuluan RM10 juta oleh pembeli daripada negara Cina telah membatalkanya atas sebab2 teknikal.
Jumlah RM4 juta lebih adalah pembayaran kos operasi selama hampir 2 tahun. Ini termasuk pembayaran "goodwill" RM1.2 juta kepada pemegang2 saham keatas pemindahan pemilikan 70% saham syarikat di papua new guinea. Pembayaran kos penyelengaaran operasi termasuk fi pinjaman RM134 juta juga termasuk didalam jumlah tersebut.
Kedua kenapa pihak pengurusan anak syarikat di arah meminjam ketika itu?. Ini kerana pihak PMBKed memberi mandat kepada anak syarikat tersebut kerana tiada kemampuan kewangan ketika itu. Pihak kami mempunyai bukti berkaitan perkara tersebut.
Ketiga kelulusan Lembaga Pengarah syarikat yang beroperasi di Perth, Australia telah diterima ketika itu. ketika itu syarikat ini adalah pemilik syarikat sebenar yang beroperasi di Papua New Guinea. Pemindahan pemilik telah dilakukan kepada syarikat tersebut. Pihak pengurusan anak syarikat telah dimaklum oleh pengurusan PMBKed agar projek dan pinjaman diarah dibuat secara rahsia atas sebab2 tertentu. Yang pasti pengurusan PMBKed dan kerajaan negeri adalah memegang majoriti lembaga pengarah dan maklum akan perkara2 tersebut.
Keempat pembayaran tanpa dokumen yang disenaraikan tidak benar. Segala perbelanjaan yang dibuat oleh pengurusan anak syarikat disokong oleh dokumen seperti pembayaran bilik hotel dan lain2 ketika membuat lawatan kerja dinegara2 tersebut. Kemana hilangnya dokumen2 yang telah diberikan kepada pihak akaun anak syarikat?. Jika benar pun kenapa pihak Audit luar tidak mengemukakan isu ini. Ketika ini motif sebenar boleh kita baca.
Agar maklumat sebenar memberi gambaran yang jelas.
![]() |
| KLIK SINI |

No comments:
Post a Comment