JENTERA PENERANGAN UMNO KEDAH LUMPUH! KALAU KECIL HATI JANGAN BACA POSTING INI.
![]() |
| Katanya bayaran kajian ini belum dibayar kerana individu yang kena bayar prestasinya No2 tercorot. |
Sempena lawatan DS Najib ke Kedah baru-baru ini MR sempat ronda-ronda pre-pilihanraya di beberapa kawasan panas di Kedah sebagai memenuhi jemputan kaki-kaki lama dan bertemu rakan-rakan baru di Daerah Kuala Muda dan Langkawi.
Ramai yang memuntahkan pandangan mereka bahawa mesej, media strategi, psywar dan maklumat penerangan UMNO Kedah ternyata lumpuh dan tidak bergerak. Ada seperti tiada. Nak kata tidak ada tetapi budget dok melata.
Banyak maklumat dan penerangan Kerajaan pusat seperti Budget, Lapuran Audit dan mesej PM tidak dikunyah secara bijak untuk disampaikan kepada masyarakat di bawah khasnya pengundi atas pagar. Jika ada pun semuanya dari usaha penerangan UMNO pusat.
Mereka faham bahawa Ketua Penerangan, Jamil Khir Baharom sibuk tugas-tugas menteri tetapi apa hal pulak dengan Timbalan dan AJK yang ada? (Berikut adalah senarai Jawatankuasa Penerangan UMNO Kedah - Dato’ Seri Jamil Khir Baharom – Pengerusi, Dato' Haji Mohd Zubir Saad - Timbalan Ketua Biro Penerangan, Bassori Abu Hassan-Setiausaha Biro Penerangan, Dato' Bakri Ali Mahamad - Urusetia Biro Penerangan, Hajah Sharifah Maznah Syed Kasim - Ketua Biro Penerangan Wanita, Nor Saidi Nayan - Ketua Biro Penerangan Pemuda, Cik Azifah Abd Rahman - Ketua Biro Penerangan Puteri) Apakah jawatan-jawatan ini dipikul untuk memanaskan kerusi atau cukup dengan membuat kerja-kerja hemoy tebalmuka terkerising depan PM sahaja.
Hanya apabila Pak Menteri Najib turun padang mengetuk seperti tukul mengetuk paku baru masing-masing kelam kabut buat sibuk tunjuk muka kepada PM atau sedang menunggu nama naik sebagai calun baru kalut ingin mengorek jamban kerana nak terberak.
Menurut sumber, terdapat segelintir malah ada di kalangan bloggers dan UMNO sendiri pun sudah tidak berani membuat teguran kerana bimbang dilabel melawan arus dan takut nama mereka dicantas sebagai calun. Lidah-lidah tajam yang bersuara lantang selepas Kedah jatuh kini bisu kerana mulut mereka sudah dipalam dengan ganjaran yang lumayan.
Sesungguhnya memang ada kebenaran bahawa kekuatan UMNO dan BN kini hanya ada pada Najib sahaja manakala soldadu-soldadu dibawah khasnya di negeri taklukkan Pakatan Rakyat diibaratkan seperti ‘the injured soldiers’. Soldadu-soldadu yang cedera parah selepas berperang, ada yang patah tangan, ada yang patah kaki, ada yang beku minda malah ada yang sawan bercakap sorang.
Kedah mesti berubah.
'SHAPE UP OR SHIP OUT' END
http://mummyrokiah.blogspot.com/2012/11/jentera-penerangan-umno-kedah-lumpuh.html

No comments:
Post a Comment