Monday, November 5, 2012

Ingatkan PM saja kaki ponteng PARLIMEN... Menteri wanita pun 2x5 jaa...

 Menteri wanita dibidas gagal hadir jawab soalan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat kecewa terhadap kegagalan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjawab isu-isu yang dibangkitkan mereka dalam Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, Timbalan Menteri, Senator Heng Seai Kie mengabaikan soalan-soalan berkaitan wanita walaupun sudah dibangkitkan minggu lalu.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS juga berkata, segala kepincangan bermula apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri.

"Kita tak puas hati sebab menteri wanita tidak datang menjawab banyak isu yang kami bangkitkan tidak dijawab. Contohnya peruntukan pembangunan bagi tahun 2012 menurun sebanyak tiga kali ganda berbanding tahun lepas.

"Saya tanya adakah ini menunjukkan kementerian sudah mencapai sasaran menyebabkan peruntukan dikurangkan tetapi tidak dijawab," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
"Menteri wanita seorang Perdana Menteri jadi terlalu sibuk dan tak ada masa untuk berfikir," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyelar kenyataan Seai Kie bahawa kementerian tersebut mempunyai hubungan yang baik dengan exco-exco wanita di semua negeri.

"Exco wanita di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor tidak pernah dipanggil untuk menghadiri mesyuarat atau apa-apa program. Timbalan Menteri berbohong dalam dewan," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Ahli Parlimen Ampang yang juga Ketua Wanita PKR dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng yang juga KEtua Wanita DAP.

Sebelum itu, suasana dalam dewan menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Wanita Pakatan bangun membidas Seai Kie yang hanya mahu menjawab soalan-soalan berkaitan secara bertulis.

Chong Eng secara berseloroh berkata Seai Kie merajuk sehingga tidak mahu meneruskan jawapannya.

No comments:

Post a Comment