
KUALA KETIL - Kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kuala Ketil bakal menjadi tumpuan ramai di rantau ini apabila tasik buatannya sepanjang 1.2 km menepati piawaian antarabangsa sebagai venue pertandingan sukan air khususnya perahu panjang dan perahu naga pada masa depan.
Setiausaha Penang International Dragon Boat Federation (IDBF), Geh Teng Teik berkata, tasik tersebut dapat memuatkan sekurang-kurangnya lima lorong pertandingan bagi sesuatu kejohanan dan ianya akan menjadi salah satu venue tumpuan di rantau ini.
“Pencapaian yang diraih KUIN akan menjadi perintis buat institusi pengajian tinggi lain untuk membentuk pasukan mereka dalam dua acara berkenaan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan bersama Rektor KUIN, Prof. Dato’ Wira Dr. Jamil Osman di pejabatnya hari ini selepas melakukan tinjauan di sekitar Tasik KUIN bersama wakil syarikat Seagull Singapore, Ong Eng Boon.
Turut dibincangkan keperluan dan penyediaan asas bagi pasukan KUIN terutamanya dalam menyediakan perahu latihan bagi memastikan mereka terus kompetitif.
No comments:
Post a Comment