Bukti berangka Pakatan Rakyat akan kalah hasil kerja celaka SPR
Aku yakin banyak lagi kawasan parlimen dan Dun yang SPR dengan kerjasama JPN buat kerja CELAKA macam 'si anjing Umno' untuk pastikan Umno BN tetap dapat majoriti di parlimen dan rampas balik sekurang-kurangnya negeri Selangor yang kaya-raya tu.
Bagi yang rajin baca labun panjang lebar Hisham Rais boleh baca artikel tulisan dia di blog TukarTiub. Bagi jenis yang malas baca artikel panjang lebar, kat bawah ni aku ringkaskan bukti berangka kerja CELAKA lagak 'si anjing Umno' yang SPR buat dengan kerjasama JPN macam yang Hisham Rais tulis tu.
Parlimen Lembah Pantai.
Pada PRU12, Nurul Izzah berjaya mengalahkan Shahrizat Jalil, menteri kabinet Paklah yang juga ketua Wanita Umno dengan majoriti 2,895 undi.
Untuk pastikan Nong Chik yang dah berjaya cantas Shahrizat mampu kalahkan Nurul Izzah dalam PRU13, SPR tolong daftarkan 13,468 pengundi baru di parlimen Lembah Pantai.
Tak cukup dengan tu, SPR masukkan Balai Polis Bukit Jalil ke dalam parlimen Lembah Pantai walaupun balai polis tu terletak 15 batu dari Lembah Pantai. Hasilnya pengundi pos bertambah dari cuma 148 kepada 2,000 pengundi.
Akibatnya, majoriti 2,895 dah jadi macam calah gigi untuk Nong Chik. Di atas kertas Nurul Izzah dah kalah sebelum parlimen dibubarkan hasil kerja celaka SPR dan JPN 'si anjing Umno' ni.
Parlimen Subang
Kes di Subang ni lebih menarik. SPR daftarkan di parlimen Subang seramai 30,000 pengundi baru sedangkan jirannya parlimen Petaling Jaya Utara cuma ada pertambahan 5,000 pengundi baru sahaja. Takkan kut 'kesedaran berpolitik' di Subang langsung tak mempengaruhi 'kesedaran berpolitik' di Petaling Jaya Utara.
Akibatnya selain dari Sivarasa, Dr. Nasir dan Elizebeth Wong juga besar kemungkinannya akan dikalahkan dengan mudah hasil kerja celaka SPR dan JPN 'si anjing Umno' ni.
Parlimen Klang
Yang ni kes lain pulak. 5,000 pengundi parlimen Klang hilang entah ke mana, macam Hisham Rais tulis, hilang disambar garuda.
Akibatnya selain dari Charles Santiago, Rodiah Ismail dan Dr. Rani juga besar kemungkinannya akan dikalahkan dengan mudah hasil kerja celaka SPR dan JPN 'si anjing Umno' ni.
Selain dari contoh yang Hisham Rais labunkan tu, aku yakin banyak lagi kawasan parlimen dan Dun yang SPR dengan kerjasama JPN buat kerja CELAKA macam 'si anjing Umno' untuk pastikan Umno BN tetap dapat majoriti di parlimen dan rampas balik sekurang-kurangnya negeri Selangor yang kaya-raya tu.
Berkaitan
- Nurul Izzah jumpa SPR 19 November ini bincang isu daftar pemilih - Keadilandaily

Ampun Tusnku
ReplyDeletehmba rakyat ingin mngadu
gundah gulana tiada menentu
ada jmbalang & juga hantu
memilih pemimpin dlm PRU
di negri daulah naungan tuanku!
Hamba rakyat menghambat harapan
titah tuanku wajib di nobatkan
helah muslihat & penipuan
UMNO Be End nak raih kemengan
bukan takat tak sah taraf warga tempatan
diheret jua angota kerajaan
tiada mustahilnya iras nama sayuran
malah tumbuhan & hewan dipergunakan!
Ya tuanku beraja dihati
kerja sedemikian usah direstui
hamba rakyat tergores dihati
tidak bekiranya acap janji didustai
taat kesetian tetap pada pertiwi
tali temali rakyat dikhianati
mimpinya ngeri disiang hari!!
Ampun tuanku sultan & raja
mencemar duli lah kpd rakyat
kurang manafaatnya disinggahsana saja
tiada mungkinya khilangan daulat
menjurus kemaslahatan rakyat melata
kelak jua yg merana rakyat
bilamana kuasa disalah guna
bencinya rakyat ditahap meluat!!!
Usa warisan mempusakai penipuan
jangan cucu cicit mengkencingi nesan
lantaran pura tuanku dihuni kecurangan
ditadbir tok ketua padatnya keculasan
rakyat kan bangkit menuntut penjelasan
sangup harta benda jadi sandaran
hatta nyawa jadi taruhan
jitu bertawakal kepada tuhan
seteru menentang kan kami abaikan
jihad fisabillillah kami tegakan
tercatat nama waimah keburokkan
sejarah jua akan membuktikan
jiwa & nyawa kesatria tempatan!!!
Raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah
wasiat sahabat dilipatan sejarah
jebat derhaka membela si tuah....