Empat hari isu duit untung udang rimau Kerpan hilang di zaman BN dimainkan.
Senyap sepi Umno Be End, mahupun para pahlawan maya depa tak berani nak pertahankan apa-apa.
Maklumlah takut kerana salah...
Cuma yang berani sikit buat kenyataan ialah Tok Mat Bashah, "BN sedia disiasat SPRM.." Huh, habih power laa tu.
Yealaah power tak power pun nak kata apa lagi, benda tak betoi. Dari sudut yang lain kenyataan Tok Mat Bashah tu macam nak pekena Mahdzir Khalid saja, sebab projek tu masa Tok Det jadi MB.
Duit tunai tu pulak dilaporkan dihantar ke rumah Tok Det oleh Lim Teo Huat.Biasaklah UMNO jatuh menjatuh sesama kawan adalah budaya hidup.
OK round ke 2 nanti tunggu serangan isu, report polis dan report SPRM pasai Seri Temin pulak. Tunggu...
Seorang pengusaha udang harimau, Lim Teo Huat mengakui bahawa beliau yang membawa duit tunai dalam tong ikan sebanyak RM2 juta (sebahagian dari keuntungan jualan udang) ke rumah bekas Menteri Besar, Mahdzir Khalid.
Peristiwa itu berlaku sewaktu hampir dengan PRU12 lalu.
Lim terbabit dengan syarikat yang disubkan kerja penternakan udang oleh Kedah Agro Industrial Marketing Sdn Bhd (KAIMSB).
Beliau sedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis atau SPRM jika disiasat berhubung isu kehilangan duit keuntungan projek udang Kerpan pada tahun 2007.
“Saya mesti cerita betoi-betoi punya, buat apa saya mau bohong untuk selamatkan orang lain… tak pasai-pasai saya ‘masuk dalam’ depa (penyonglap) dok syok kat luaq…” kata Lim penuh keberanian.

No comments:
Post a Comment