Friday, November 2, 2012

PEKAN BERGEGAR, PWTC & PUTRAJAYA MACAM DILETUP DENGAN PELEDAK C4.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
Sabtu: 3 November, 2012




 Sebaik saya sampai kerumah dengan ditemani oleh isteri semalam
(kelmarin) Jumaat di GH PP untuk pemereksaan dan rawatan susulan sakit
dari jam 9.00 - 4.30 petang. Bila anak membukakan saya laptop purba,
meninjau  kelaman Harakah Daily, maka mata saya fokas dan tertumpu
kepada tajuk: PRU13: Presiden PAS sedia bertanding di Pekan. Saya
sebak ketika membaca tajuk bersekali dengan beritanya. Secara positif
saya menerima berita tersebut, macam sebahagian daripada penawar
mujarab jantung saya. Saya melihat disudut positif dan bertepatan pada
masanya.

Terkeluarnya berita tersebut dari lidah Presiden PAS Tuan Guru Abdul
Hadi Haji Awang dalam majlis PAS sendiri, ianya macam peledak C4
mengena gadis Monggolia Altanttuya Saaribbu empat lima tahun yang
lepas yang berkecai, maka itulah musoh politik PAS-PR menerima
ledakkan tersebut. Atau macam topan yang menganas Amerika Syarikat
sekarang yang merencatkan kempen calun Presiden USA pada 6 November
ini. Begitulah dengan berita ditanah air kita. Presiden PAS
mengeluarkan hasratnya yang murni dari hati nurani seorang pemimpin
Parti Islam penuh dengan tanggungjawab dan bertanggungjawaban diatas
intisari dan falsafah ucapannya yang terpancar.


Ketika Tuan guru Presiden berucap beliau bukan mabuk arak atau pening
air daun ketum. Makanya ucapan cabaran tersebut dalam keadaan sedar
sesedarnya bukan acahan politk atau sekadar menguji market politik.
Kerana itu adalah cabaran pernyataan tulin dari seorang Presiden
hadhirnya dari parti yang memperjuangkan Islam iaitu PRESIDEN PAS
komponan dalam PR sekarang yang menjadi pilihan dan sebutan rakyat
ramai negara sekarang. Disana terletaknya ibu perjuangan, kejujuran
dan keiklasan seorang pemimpin tulin menghadapi, menerima cabaran
bukan untuk pribadi. Itulah harga dan nilai perjuangan suci yang
memerlukan keyakinan berpaksikan kepada keperluan semasa untuk mecipta
sejarah.

Cabaran tersebut mempunyai impak dan nilainya tersendiri yang
mempunyai komersial value politik negara dan dunia. Seluruh umat Islam
dunia dan negara kita khususnya akan solat hajat memohon pertolongan,
agar  Allah memudahkan laluan Tuan Guru Presiden dapat bertanding di
Kapar Pekan dengan dada lapang buka. Ianya lebih hebat dan lebih indah
dari Pak Yazid Jaafar lawan Tun Razak saya lupa PRUnya. Macam Sdr
Subky Latif lawan Dr Mahathir di Kubang Pasu. Hebatnya pertandingan
PRU1969 melihatkan tersungkurnya Dr Mahathir ditangan Almarhom Haji
Yusoff Abdullah Ar Rawa. Tetapi, sekiranya Allah izinkan YB Tuan Guru
Haji abdul Hadi Awang ianya menjadi tumpu dan perhatian dunia ke Pekan
bila negara menghadapi PRU13.

Pendukong harakah tulin, guru yang murabbi seperti Haji Hadi, hasrat
Tok Guru tidak menjadi kudis atau korap kepadanya berhasrat untuk
berhijrah dengan aspirasi transformasi penuh. Dari selama ini
bersembunyi digobok sendiri, Tok Guru Haji Hadi nak melaksanakan
meninggalkan dari adat lapok asabiah kampong dikelilingi penyokong
mendapat dan menjana kekuatan kerana  berkubu menjadi pahlawan kampong
kelahiran. Berhasrat keluar daripada kepompong rumah tangganya yang
selama ini mendapat sanjungan dan kemenangan menjadi jaguh sejati wira
Islam macam Khalid Al Walid.

Makanya sebagai menterjermah seluruh ucapan Tuan guru Haji Hadi sejak
saya mengikutinya dari tahun 1980 (hampir 3 tahun 12 orang kami dengan
3 kereta dan saya membeli dan membaca setiap buku-kitab karangan Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang sampai kini, sesungguhnya bagi saya
terkeluar saja ucapan PRU13: Presiden PAS sedia bertanding di Pekan,
itulah intipati dan intisari dari semua ucapan dan dari semua
buku-kitab dikarangnya diterjermah menjadi objek hidup perjuangannya.
Cuma pengikut tegar yang berjiwa kerdil sahaja yang akan membantah
diatas ucapan cabaran hasrat Ustaz Hadi untuk bertanding dalam PRU13
nanti di Pekan. Haji Hadi bukan Hasan akikah. Tidak macam Che Pa Tok
Pegawa Ali Bunut Susu apalagi Zuldin auta.

Saya yakin sebaik hasrat Haji Hadi dilontarkan, ledakkan tersebut
telah mengegarkan Parlimen yang sedang bersidang sekarang. Hatta
penguasa di Putrajaya dan Pemilik di PWTC retak kepala, lemah lutut
memikirkan sekiranya itu-itu sebenarnya berlaku. umNO(Baru)bN yang
sedia lelah penat, menjadi kucar kacir, macam kena sampok dan sawan
dan jadi tak ketahuan. Ertinya ketumbukkan tentera yang ada sekarang
di Pekan tidak mampu menghadapi aspirasi rakyat negara untk mengiringi
teman mereka di Mesir dan sebagainya. Mungkin kali ini Najib kencing
lawas dan RM rambutnya menjadi lurus tak terurus memikirkan ketua
syaitan-syaitan yang nampak berdepan dengan Malaikat yang tak nampak.
Kedua2nya mahluk Allah. Syaitan dan wakilnya didunia ini dilaknat
Allah dan Malaikat adalah jenis mahlik yang taat disukai Allah.

Jadinya, umNO(Baru)bN terpaksa membawa sebanyak mungkin tenaga
kerajaan, tenaga umNO(Baru)bN tertumpu ke Pekan. Pastilah kawasan lain
tidak diberi tumpu. Makanya disinilah letaknya kelebihan dan kebaikkan
kepada PAS-PR baiknya TG Haji Abdul Hadi bertanding di Pekan dalam
PRU13.

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH AL AWAB
Sabtu: 3 November, 2012

No comments:

Post a Comment