Monday, November 5, 2012

Program Mesra Rakyat Daerah Kulim pada 10.11.12


ALOR SETAR – Program Mesra Rakyat Peringkat Daerah Kulim akan diadakan pada 10 November 2012 bermula pada jam 10 pagi hingga 7 petang.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Daerah Kulim itu akan diadakan di Perkarangan Masjid An-Najah, Padang Serai, Kulim.

Program tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak. Beliau juga turut menyampaikan sumbangan sempena majlis berkenaan. Jamuan rakyat akan diadakan selepas majlis perasmian (tengahari) di mana dua ekor kerbau akan ditumbangkan.

Pada sebelah petangnya, Menteri Besar turut mengadakan lawatan ke projek pertanian di Daerah Kulim.

Sementara itu, wakil-wakil rakyat juga turut turun padang ke kampung-kampung di samping menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Sempena program itu, turut diadakan perlawanan bola sepak persahabatan antara Veteran Kedah dan Pasukan Pilihan Merbau Pulas.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang diadakan itu.

No comments:

Post a Comment