Thursday, November 8, 2012

SADA Oh SADA - Mana LORI yang nak hantaq ayaq mai rumah kami..???

oleh warga guar stesyen


Tahukah anda semua kami warga guar stesyen sekarang nie dah hadapi masalah tak ada air sudah 3 hari. Masalah yang kami hadapi hasil makluman pegawai SADA ialah disebabkan pipe utama 24inci di Loji Jenun sana mengalami kebocoran.


dan hasil dari janji mereka jika tidak apa berlaku segalanya akan baik pulih semula pada jumaat pagi. OK lah bab rosak nie kita pun tak boleh buat apa sebab ini masalah qada dan qadar benda nak rosak terimalah sahaja....

Masalah utama sekarang ialah operasi pengagihan air menggunakan LORI SADA rumah ke rumah. Kami warga Guar Stesyen, Kg Banggol Lalang, Taman Persekitaran Guar Chempedak melihat jadual pengagihan air itu ada sedikit kekalutan dan macam tidak cukup servis LORI disediakan....dari makluman pegawai SADA mereka menyediakan 9 biji lori SADA untuk pengagihan air tersebut 

TETAPI dengan 9 biji lori tersebut dia ditugaskan untuk cover operasi Loji Jenun yang mana melingkupi separuh PENDANG sana dan kami di Guar Chempedak ini macam tempias sahaja operasi itu di sediakan.

Tidak seperti dijanjikan ada dikatakan terpaksa menunggu dari jam 5.00 petang dan  air dihantar pada jam 1.00 pagi baru boleh dapat servis tersebut. Masalah uatama sekarang..SADA nie tahu tak sampai hujung mana servis ayaq dari LOJI JENUN ini disediakan kepada pengguna..kami yang ada dikawasan sempadan nie dilihat macam dianak tirikan sahaja..ada taman yang dapat ada taman yang tak dapat servis ini..

Jadi kepada pihak yang berkenaan iaitu SADA sila pastikan perkara ini diatasi seberapa segera kerana sekarang sudah ada kawasan yang tercicir menerima kedatangan LORI-LORI SADA ini terutama bagi kawasan PEKAN GUAR CHEMPEDAK dan TAMAN-TAMAN PERSEKITARAN... 

Sila pastikan LORI-LORI SADA ini masuk kesemua taman tanpa perlu nak tanya kawasan mana air tak ada atau tak dak.....sekarang semua dah tak ada..sampai nak berak pun dah guna air taliair wan mat saman.

Maklumat hebahan SADA... nombor telefon tu pun call dah tak angkat dah.............
Pengumuman gangguan bekalan air di beberapa tempat
Khamis, 08 November 2012 15:17 | Ditulis oleh SARINA ISMAIL | PDF | Cetak | E-mail

PENDANG – Dimaklumkan kepada semua pengguna air SADA sekitar Pokok Tai, Sungai Rotan, Guar Stesyen, Guar Chempedak dan Yan akan mengalami gangguan bekalan air untuk sementara waktu.

Perkara ini disebabkan pam utama antara Loji Jenun ke Bukit Nibong telah pecah. Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan.

Pihak SADA memohon kemaafan kepada pengguna di kawasan terlibat di atas kesulitan yang dihadapi. Bantuan air akan segera digerakkan dan sebarang masalah atau untuk mendapatkan bantuan air lori tangki sila hubungi ke talian 012-4193282.

No comments:

Post a Comment