Utusan Melayu diarah bayar ganti rugi kepada Karpal Singh
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar ganti rugi am sebanyak RM50,000 kepada Pengerusi DAP Karpal Singh kerana menerbitkan artikel berbaur fitnah terhadapnya.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad turut mengarahkan Utusan Melayu membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Karpal yang diwakili peguam Ramkarpal Singh.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan ganti rugi teladan dan teruk kepada peguam veteran itu.
Dalam penghakimannya, Nik Hasmat berkata artikel yang disiarkan di muka depan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 25 Ogos 2008 bertajuk 'DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu", adalah dengan jelas memfitnah terhadap plaintif.
Nik Hasmat berkata artikel itu merupakan satu kewartawanan cuai dan tidak wajar kerana diterbitkan sebelum pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Beliau berkata, defendan juga mengakui tidak menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada Ogos 2008 dan tidak memastikan kebenaran penulisan artikelnya daripada plaintif berhubung ucapan Karpal pada kongres berkenaan.
Mahkamah bagaimanapun mengambil kira faktor mitigasi yang dikemukakan oleh defendan iaitu menarik balik dan permohonan maaf di muka surat hadapan akhbar tersebut dalam masa 24 jam.
Karpal Singh, yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan saman tersebut pada 19 September 2008.
Utusan Melayu diwakili peguam B. Mohana Kumar. - Bernama
Asyik dok kalah saja saman fitnah sorat habaq orang melayu nie apa nak jadi nie agaknya orang-orang surat habaq melayu nie dak tak ada kereja lain kot ayik nak pemohong rakyat saja kalau dah tak tau nak buat laporan tok sah dok tuleh la buat rugi syarikat saja,taip kali becara kalah-kalah-kalah bila gaji pekerja syarikat tak naik hampa nak mogok tapi hampa tak mau fikiaq macam mana nak bagi untung syarikat asyik-asyik kena saman dan kalah pula tu, kalau macam nie gunung kinabalu pun hancus.
ReplyDelete