Thursday, January 24, 2013

Awie boleh tanya..Apa Salah Buka Kelab Malam..?... Hangpa Jawab sat boleh tak...!!!

Hoii...!! Apa salahnya gua bukak kelab malam?
Gua dapat lesen yang sah maa... lu semua poyoooooooo...

Selebriti terkenal, Awie sedang bertanya neh...
Ada sesapa yang boleh tolong jawabkan...??

Kelab Malam: Inilah alasan KUKUH Awie [Saksikan]

Woitt...!! Apa tengok-tengok..? Benda neh dah lama orang Melayu lain buat, pesal tak kecoh pun...
Awie Bakal Buka Tiga Lagi Kelab Malam

Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.
“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.
“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.Awie menegaskan, masyarakat seharusnya berfikiran terbuka dan tidak mudah menjatuhkan hukum hanya kerana dia berstatus selebriti.
“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?
“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.
Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh.
“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.
“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?
“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.~ mStar

4 comments:

  1. Dok salah.. Dlm umno Halal. Anak pemimpin No. 1 Umno Tokey Arak Asia... Tp dlm pas Haram laknatulah... Ni lah contoh islam umno.. Kih.kih.kih.. Insaflah cai.....

    ReplyDelete
  2. haluuu awie....lu punya pasai la mau bukak kelab malam..tapi lu jual arak tu salah...lu peluk pompuan sana sini tu salah...kalau lu tak tahu hukum agama islam...lu jangan cakap ikut suka mulut la...komen sana-sini orang lain tarak betul..lu bikin semua betul...lu duduk diam2 la dengan lu punya caberet..lu pun mau jadi serupa lu punya mentor ka..tuduh2 orang lain yang salah..lu tarak dosa punya..suci berdebu...hahah..lu pergi buka kelab dekat thailand la...sattle problem...boleh bikin tarian tiang lagi...baru boleh buncit makan duit lendir bro...

    ReplyDelete
  3. melayu oh melayu.... itulah natijahnya bila Islam dikesampingkan. inilah contohnya anutan pluralisme orang melayu....."aku MELAYU, Islam aku jangan tanya"

    ReplyDelete
  4. kalau awie nak bukak kelab malam ke..kelab siang ke...tak kisah..tapi ada satu syarat..awie kena tukar agama..lepas tu pegilah mana negara kat luar tu bukak beratus kelab pun tak kisah...

    ReplyDelete