Medan selera meloyakan
6 Februari 2013
Fazri terpaksa menutup hidung semasa menunjukkan saluran kumbahan yang melimpah.
ALOR SETAR - Busuk dan meloyakan! Begitulah rungutan pelanggan dan peniaga Medan Selera Taman Wira, Mergong apabila berhadapan dengan masalah saluran kumbahan tersumbat sejak dua minggu lalu.
Pelanggan, Fazri Masari, 28, berkata, keadaan saluran kumbahan yang dikhuatiri bocor hingga mengakibatkan air mengalir keluar itu menimbulkan ketidakselesaan untuk menikmati juadah yang dijual di situ.
“Bagaimana ingin menikmati makanan jika keadaan yang menjijikkan dan bau yang kurang menyenangkan sudah pun membantutkan selera kita untuk makan.
“Makanan dan minuman di sini dijual dengan harga murah namun jika keadaan ini berterusan tanpa sebarang tindakan maka keadaan akan menjadi bertambah kotor hingga pelanggan berkemungkinan akan berkurangan,” katanya.
Katanya, jika keadaan air kotor yang berterusan mengalir tidak diselenggarakan, ia akan mencacatkan imej medan selera berkenaan.

Bagi peniaga, Mohd Zul Saad, 42, mereka sudah menghantar aduan kepada pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Syarikat Environment Idaman Sdn Bhd berhubung masalah berkenaan namun sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil bagi menangani masalah ini.
Katanya, pihak berkenaan hanya datang mengambil gambar lokasi saluran yang dikatakan bermasalah berkenaan tetapi tiada sebarang tindakan susulan diambil bagi menyelesaikan masalah ini.
"Jika masalah saluran kumbahan tersumbat tidak diatasi segera, ia akan menjejaskan perniagaan pemilik kedai selama ini ditambah lagi apabila mereka menerima banyak rungutan daripada pelanggan yang berkunjung ke situ," katanya.
Rakannya, Yuhaini, 38, berkata, terdapat dua saluran yang didapati tersumbat hingga menimbulkan gangguan kepada orang ramai di mana selain menimbulkan bau busuk, ia juga menimbulkan kebimbangan apabila dikhuatiri menimbulkan risiko keselamatan kepada sesiapa sahaja.
Menurutnya, sudah beberapa kali individu yang tidak perasan dengan lokasi dan keadaan air yang mengalir di situ terjatuh hingga mengakibatkan kecederaan ringan kepada mereka.
“Kami bimbang jika keadaan ini berterusan, maka ia akan mengakibatkan lebih banyak kecelakaan berlaku di situ.
"Ada rakan-rakan peniaga mengambil tindakan drastik menutup premis mereka buat sementara waktu kerana dikatakan susah untuk menjalankan urusan perniagaan," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, masalah saluran kumbahan berkenaan berpunca daripada tindakan peniaga membasuh pelbagai jenis bahan mentah termasuk ayam dan ikan dalam singki premis mereka mengakibatkan ia sering kali tersumbat.
Katanya, sebenarnya peniaga tidak dibenarkan melakukan aktiviti sedemikian seperti mencuci lemak ayam dan menyiang ikan, sebaliknya mereka hanya diberi kebenaran untuk memasak sahaja di kawasan itu.
"Bagaimanapun pihak kami akan melakukan kerja membaik pulih nanti, namun sebelum itu peniaga diharapkan mengubah cara mereka bekerja terlebih dahulu, di mana jika mereka berterusan melakukan persiapan kerja sebegitu, maka walaupun berulang kali dibaiki saluran berkenaan namun masalah itu tetap akan berterusan," katanya.
No comments:
Post a Comment