Saturday, February 9, 2013

Taraf Ezam dah jatuh tahap pencacai... ceramah pun atas lori dah..!

Panas: "Saham Ezam Semakin Merudum", Aksi Debat Sesama Sendiri Atas Lori Pun Gagal Dapat Sambutan!



[Ramai pihak yang terkejut dengan penampilan terbaru bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Md Nor ini. Adengan debat "syok sendiri" yang hanya disaksikan oleh kerusi dan kanopi ini jelas sekali menunjukkan Ezam sebenarnya sudah tidak laku lagi selepas menyertai UMNO. Saham Ezam jatuh merudum lebih teruk dari saham FGVH.

Najib melakukan kesilapan besar apabila memberi Ezam jawatan "Senator" yang setaraf dengan Wakil Rakyat itu. Dari apa yang kita saksikan ini, jelas sekali Ezam bukan sahaja ditolak oleh rakyat malahan penyokong UMNO BN sendiri. Apakah ini standard seorang Senator?. Mahu berdebat sesama sendiri "atas lori". Aksi ini sudah cukup membuktikan yang mereka sudah tiada cara lagi untuk memenangi hati rakyat selain meniru aksi Anwar berceramah atas lori treler dalam siri Jelajah Merdeka Rakyatnya.

Apa yang lebih malang lagi ialah tindakan berdebat sesama sendiri di atas lori ini jelas sekali menjatuhkan imej UMNO BN. Ia membuktikan mereka tiada kekuatan untuk berdebat dengan pemimpin pembangkang, maka akhirnya membuat lakonan debat sesama sendiri. Apapun, situasi ini mengesahkan lagi bahawa UMNO BN sebenarnya telah ditolak rakyat. Justeru, tidak hairanlah mereka terpaksa menggunakan oranga sing untuk memberi undi bagi mengekalkan kuasa pada pilihanraya umum akan datang. Rakyat digesa terus bangkit lakukan perubahan !]

Sumber Artikel:pahangdaily.blogspot.

Gambar:OMAKKAU!!!!

2 comments:

  1. Salam semua,

    Ezam ka???? Pernah datang ke tempat aku diSarawak buat ceramah atas pentas. Sambutan...serupa juga tak xde orang nak layan...rang yang lalu tempat dia ceramah pakat deme baling dia dengan telor......Maharaja Lawak BN yang x dapat undi..kahkahkah!

    ReplyDelete
  2. aiik!!!! tak kan pakai lori kontraktor kelas F saje. kurang kurangnya trailer tayar 16 ke, baru gempaq sikit. apa? duit sponsor ceramah dah kering ke atau kena songlap. he..he..

    ReplyDelete