Showing posts with label Demontrasi. Show all posts
Showing posts with label Demontrasi. Show all posts

Saturday, September 22, 2012

Mana cukup ustaz.. #UMNO kena kutuk laa lebih-lebih sikit.. baru dapat jadi calon..!!

Permohonan maaf Ngeh mencukupi, kata Dr Asri


KUALA LUMPUR, 22 Sept — Permohonan maaf secara terbuka daripada pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sudah mencukupi kata bekas mufti Perlis.

Beliau berkata permintaan maaf Ngeh wajar diterima kerana berlandaskan prinsip ajaran agama Islam.

"Saya menerima permohonan maaf daripada Ngeh tetapi berharap dia lebih berwaspada sebelum mengeluarkan kenyataan," kata Asri Zainul Abidin.

Asri (gambar) turut menegur ahli politik dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya berlaku adil dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam gabungan tersebut.

Bekas mufti Perlis itu juga menggesa PR dan Umno mengamalkan budaya politik sihat supaya tidak hanya mementingkan diri.

"Pakatan perlu seimbang dalam berpolitik. Jangan hanya menegur kesalahan pihak lawan tetapi berdiam diri apabila rakan mereka buat salah. Ini bukan satu politik yang sihat.


"Saya harap Umno juga sama dalam memberi teguran kepada rakan mereka dalam Barisan Nasional," katanya.

Asri juga mendakwa pengerusi DAP Perak itu tersilap membandingkan situasi Malaysia dengan negara luar lain seperti Pakistan.

"Perbandingan demonstrasi ganas oleh Ngeh di Pakistan dengan Malaysia adalah salah. Rakyat disini matang dan tidak akan bertindak ganas seperti di negara lain," katanya lagi.

Kenyataan Ngeh dalam laman sosialnya mencetuskan kritikan dan ada gesaan supaya PDRM menyiasat beliau ekoran kenyataan tersebut.

Tulisan Ngeh yang dipertikaikan itu antara lain menyebut: "(Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya. Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini."

Perdana menteri Najib Razak juga bertindak mempersoalkan keikhlasan Ngeh meminta maaf dan menyifatkan ia sebagai sudah terlambat.

"Kalau macam tu senang. Kita boleh lempar kata-kata menghina, memburukkan agama lain, lepas tu minta maaf.

"Kalau macam ni, soalnya benar-benar ikhlas atas tidak," kata Najib dalam laporan The Star baru-baru ini.

Wednesday, June 20, 2012

Macam-macam demontrasi ada di KOREA.. OK jaa..!!

Lebih 200,000 pemandu teksi mogok


DERETAN teksi berada di pekarangan sebuah syarikat teksi ketika para pemandu menyertai mogok di Seoul semalam.


SEOUL - Lebih 200,000 orang pemandu teksi di Korea Selatan mengadakan mogok sehari di seluruh negara semalam bagi menuntut kenaikan tambang dan penurunan harga bahan api.

Mogok besar-besaran itu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menyediakan perkhidmatan bas dan tren tambahan bagi memenuhi keperluan warga kota.

Kementerian Pengangkutan menyatakan, sekitar 220,000 daripada keseluruhan 255,500 pemandu teksi berlesen menyertai mogok berkenaan.


"Kami tidak menjangka krisis pengangkutan akan berlaku kerana teksi bukan sebahagian daripada pengangkutan utama rakyat," kata seorang jurucakap kementerian berkenaan.

"Namun, kami memantau rapi situasi yang berlaku," tambahnya.

Mengulas tentang mogok berkenaan, Kesatuan Pemandu Teksi Korea Selatan memberitahu pihaknya mahu tambang teksi dinaikkan pada kadar 2,400 won atau AS$2 (RM6.32) dan harga gas petroleum cecair LPG diturunkan.

Kebanyakan teksi di negara berkenaan menggunakan LPG sebagai bahan api.

"Kemarahan pemandu teksi yang terpendam selama ini akhirnya meletus," kata kesatuan itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya, harga dometik LPG melonjak 50 peratus sejak empat tahun lalu di Korea Selatan. - AFP