Pahang Daily Online (PDO) Memohon Maaf Secara Terbuka Serta Tarik Balik Penyiaran Enam Artikel Kontroversi Mohd Saiful Bukhari Dua Tahun Lalu
"Dalam writ saman tersebut, Saiful mengemukakan tuntutan ganti rugi am sebanyak RM2 juta daripada penulis blog berkenaan kerana memfitnahnya. Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya. Blog itu mendakwa Saiful menderita akibat kemaluannya bernanah dan sukar untuk membuang air kecil dan besar selepas melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum ini", lapor media ketika itu.
Susulan daripada laporan tersebut, ramai krew-krew kami telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman beberapa bulan selepas itu. Antara yang paling panas ialah Blogger Cucumatkilau, yang ketika itu merupakan Eksklusif Editor di PDO.
Permohonan Maaf Terbuka Kepada Saiful Bukhari
Sebagai sebuah blog panas dan sensasi, ada kalanya artikel yang dihantar oleh orang awam dan krew-krew kami dari seluruh negara tidak ditapis dengan sebaik mungkin menyebabkan laporannya terkadang terbabas dari etika penyiaran yang sebenarnya. Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Malah, kami cuba menghubungi pihak yang menghantar email artikel berkenaan namun tetap tidak mendapat jawapan yang sepatutnya. Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali. Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.
Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya. Masalah yang berlaku antara Saiful dan Anwar Ibrahim itu adalah hal peribadi mereka berdua. Maka kami tiada hak lagi untuk mempertikaikan bahawa Saiful dikatakan terkena "bala" akibat pengakuan sumpah laknat yang dilakukan olehnya.

Laporan berkaitn permohonan maaf di laman utama Malaysikini
[Keputusan Pahang Daily Online menarik balik laporan artikel berkenaan adalah dibuat atas profesionalisme kami dan tidak ada tekanan atau desakan oleh mana-mana pihak. Semuanya adalah atas kesedaran bahawa impilkasi yang menimpa apabila ada pihak menghantar maklumat yang tidak sahih dan terus diterbitkan tanpa suntingan oleh mana-mana pihak.
Kami juga amat bersimpati atas keprihatinan beberapa orang krew kami yang terpaksa mengundur diri daripada terus menghantar artikel ke blog ini melainkan Blogger Cucumatkilau yang terus memaparkan berita-berita dan aktiviti politik dari negeri Pahang hingga sekarang ini. Pihak kami juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah memetik berita tersebut dan disiarkan dalam laman blog masing-masing. Harapan kami agar artikel berkenaan dapat dikeluarkan dan tidak dijadikan sebagai bahan untuk memburuk-burukkan sesiapa selepas ini. Sekali lagi kami bukanlah mahu memberi "millage" kepada mana-mana pihak atas penarikan balik artikel berkenaan, cuma kami lakukan atas kepercayaan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh HambaNya.
Mana yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah. Kami bersedia mewakilkan kepada krew kami di Pahang untuk membuat sidang media (PC) terbuka berkenaan perkara ini jika diperlukan dari masa ke semasa].

Salam ziarah tuan,
ReplyDeleteBlog yang penuh info...
Jom bertukar link...